JURNAL

Berita Gaya Hidup

EH (Malaysia) - - CONTENTS -

Beberapa tahun lalu, minuman yang menjadi kegilaan ramai adalah bubble tea dan dengan pantas menjadi minuman yang trendy dalam talian. Minuman ini juga mula menyepi seketika namun tahun ini boleh dikatakan ia muncul kembali menjadi go-to minuman ramai dengan kemunculan resipi baru termasuk keju dan crème brulee. Rata-rata mengatakan bahawa minuman ini menjadi pilihan kerana kemanisann­ya selain ‘pearl’ yang terdapat dalam minuman. ‘Pearl’ ini sebenarnya adalah ubi kayu yang diulit dengan tepung dan direndam dalam air panas dan gula. Walaupun minuman ini lazat, ia juga hadir dengan pelbagai isu antaranya:

MENGANDUNG­I GULA TINGGI

Bubble tea tanpa campuran bahan lain mengandung­i 30g hingga 40g gula bersamaan 6 hingga 8 sudu teh gula secawan. Ia sebenarnya telah melebihi cadangan pengambila­n gula oleh World Health Organisati­on (WHO) sebanyak 68 peratus. Jika diikutkan, kita hanya boleh mengambil 5 hingga 10 sudu gula setiap hari untuk semua hidangan, jadi sekiranya anda minum bubble tea hari ini, makanan atau minuman bergula lain harus dielakkan agar tidak mendatangk­an sakit.

‘PEARL’ TIDAK MENGANDUNG­I NUTRIEN

Ubi kayu sebenarnya tidak mengandung­i nutrien yang banyak berbanding sayur berumbi lain. Ia lebih kepada kanji dan mengandung­i protein, fiber mahupun nutrien yang terlaku sikit. Tambahan pula dalam bubble tea, ‘pearl’ ini akan dimasak terlebih dahulu dan dicelup dalam gula untuk rasa ekstra manis dan ini sekaligus memansuhka­n nutrien dalam minuman.

PERUT KEMBUNG

Jika anda minum terlalu banyak teh susu, secara tidak langsung perut akan jadi lebih kembung kerana teh sebenarnya mengandung­i kafein yang tinggi walaupun tidak setinggi kopi. Mereka yang minum kafein banyak pula akan rasa perut memulas dan berangin. Sekiranya 30 minit hingga sejam selepas meminum minuman ini dan anda dapati anda rasa kurang selesa, ini bermakna perut anda sensitif dan digalakkan berhenti.

MENGGALAKK­AN RASA BIMBANG

Pengambila­n bubble tea berlebihan pula berbeza kerana ia dikatakan menggalak rasa bimbang pada diri. Ini kerana pabila anda minum teh dalam jumlah yang banyak iaitu lebih daripada 150 ml setiap hari, ia mencipta ketidaksta­bilan dalam kimia otak yang boleh memuncak rasa risau. Tambahan pula, ia juga boleh menganggu kualiti tidur dan kesihatan minda secara menyeluruh. Tidak salah untuk anda minum bubble tea cuma elak penggambil­annya setiap hari!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.