SEKITAR

Acara Sana Sini

EH (Malaysia) - - CONTENTS -

Bertempat di Lisette’s Cafe & Bakery, Bangsar seramai 40 orang tetamu istimewa dalam helaian serba kuning menyertai sesi bengkel kecantikan EH! x Garnier hadir tepat jam 10 pagi. Nana Mahazan, pengacara televisyen dan penyanyi bertindak selaku pengacara sepanjang bengkel ini berlangsun­g.

Sesi pertama dimulakan dengan pengenalan produk terkini Garnier Light Complete Vitamin C Super Essence. Vitamin C antara intipati produk sempurna untuk mendapatka­n kulit yang lebih berseri, anjal, selain mengurangk­an keradangan kulit dan pigmentasi. Peserta diterangka­n tentang penggunaan produk ini yang mengandung­i lebih 30

Vitamin C malah kandungan Japanese Yuzu Lemon mampu mengurangk­an kesan bintik-bintik hitam pada wajah dalam masa tiga hari.

Bengkel diteruskan dengan sesi tip kecantikan bersama pelakon, Sweet Qismina dan penyanyi, Nabila Razali. Mereka berkongsi rahsia untuk mendapatka­n wajah kulit yang lebih menawan dan mulus seperti mereka. Usai sesi tersebut, kesemua peserta pula diberi kesempatan untuk sesi DIY lilin peribadi untuk dibawa pulang sebagai salah satu cenderahat­i. Bengkel kecantikan pastinya tidak lengkap tanpa goodie bags! Garnier menyediaka­n pelbagai hadiah menarik buat peserta bertuah yang hadir dan majlis diakhiri dengan santapan tengah hari oleh Lisette’s Cafe & Bakery.

Nabila Razali, Nana Mahazan dan Sweet Qismina

Cheryl Lee, Product Manager (Garnier)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.