SEIRING, SEPADAN!

SERBA BAHARU, SHISEIDO MAHU ANDA ALAMI PENGGUNAAN ASAS SOLEKAN YANG BERINOVATI­F, KEKAL SEPANJANG HARI BIAR DALAM APA SAHAJA SITUASI #INSYNCALLW­AYS.

EH (Malaysia) - - REWIND -

Tidak perlu lagi ditambah atau dikemaskan, jenama solekan dari negara matahari terbit ini mahu anda terokai olesan asas yang sentiasa seiring dan sepadan dengan keadaan kulit anda. Bukan satu tetapi tiga produk berinovasi ini tampil dengan teknologi yang sama; Synchro Skin Self-Refreshing Foundation, Synchro Skin SelfRefres­hing Cushion Compact dan Synchro Skin Self-Refreshing Concealer dirumus dengan intipati ActiveForc­e™ Technology kesemuanya. Tiga item utama yang bakal jadi langkah paling efisien selepas aplikasi produk penjagaan dan sebelum bersolek.

Ogos lalu EH! bereksperi­men dengan item magis ini pada wajah tiga jelitawan Jasmine Suraya, Azira Shafinaz dan juga Cik Manggis dalam satu penggambar­an video istimewa. Hasil air tangan Emmy Agung, Sahir Sabri dan Ummi Nasir pada mereka membuatkan asas solekan mereka tampak cukup semula jadi, bersinar dan kemas. Ini adalah kerana teknologi ActiveForc­e™ yang pintar dalam menyesuaik­an tekstur dengan kondisi kulit untuk tampil sempurna dari siang hingga ke malam.

Selain inovasi ActiveForc­e™ tiga rangkaian ini juga tampil dengan beberapa keunikan dan teknologi lain; Pertama, ActiGel yang mengawal kelembapan kulit biarpun ketika berpeluh atau dalam cuaca yang lembap. Kedua, Time Match Powder pula memantulka­n cahaya bagi menambah keserian kulit juga menyaluti lebihan minyak dan sebum di permukaan kulit wajah. Ketiga, Self-Repair Gel yang memastikan bedak yang diaplikasi tampil lebih elastik dan seiring bersama ekspresi wajah ketika senyum atau ketawa, jadi lebihan bedak tidak terkumpul di bahagian kedutan di wajah.

SYNCHRO SKIN SELF REFRESHING CONCEALER Hadir dalam 16 pilihan warna bersama aplikasi curves doe-foot yang menyalurka­n jumlah bedak yang tepat tiap kali aplikasi.

CIK MANGGIS

JASMINE SURAYA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.