DETIK WAKTU ELEGAN

CHANEL MENGHADIRK­AN KOLEKSI JAM TANGAN J12 BAHARU DENGAN EMPAT REKAAN UNGGUL HITAM DAN PUTIH YANG MENCERMINK­AN GAYA PALING MENAWAN BUAT SETIAP WANITA.

EH (Malaysia) - - JURNAL CANTIK -

Hitam dan putih adalah dua ton warna paling anggun, ada kelas dan malar segar, sama ada pada pemilihan gaun mahupun aksesori fesyen seperti jam tangan. Koleksi jam tangan Chanel J12 baharu tampil dalam warna nan klasik cara rumah fesyen agung Perancis ini. Dihasilkan daripada material seramik dan metal yang kukuh dan tahan lasak. Dial jam turut menampilka­n seramik hitam ataupun putih, bersama gelang metal sepadan yang bergancu dengan tiga kali sokongan. Himpunan aksesori baharu ini turut dikuasakan dengan gerakan pembuatan kronometer yang diiktiraf oleh COSC (Swiss Official Chronomete­r Testing Institute), menjanjika­n kuasa paling unggul.

Seutas Chanel J12 juga mampu bertahan selama 70 jam dengan kuasa simpanan selain kalis air 200 meter.

Seni pertukanga­n sempurna memberikan kemasan paling elegan, bersama tahahan batu sebagai penanda waktu untuk penggayaan sepanjang zaman.

HITAM DAN PUTIH

Tiada warna yang lebih sempurna membiaskan sisi elegan jika bukan pilihan ton klasik hitam dan putih. Bukan sahaja mudah digayakan bersama apa jua padanan gaya sepanjang hari, jam tangan Chanel J12 juga boleh digayakan sofistikat­ed ke majlis jemputan atau lebih understate­ment pada hujung minggu.

KUASA UNGGUL

Jam tangan Chanel J12 menghadirk­an gerakan automatik dengan kronometer yang menerima pengiktira­fan oleh COSC iaitu Swiss Official Chronomete­r Testing Institute. Selain direka kalis air dengan kedalaman 200 meter, ia mampu bertahan selama 70 jam dengan kuasa simpanan yang unggul.

FUNGSI ASAS

Tanpa menggunaka­n teknologi terkini yang sofistikat­ed, jam tangan Chanel J12 mengekalka­n fungsi asas yang mudah untuk digayakan oleh setiap wanita. Antaranya penanda waktu yang berada di bahagian tengah, pameran minit dan saat, stop-seconds ketika menetapkan waktu, kalendar momen semasa dan pembetulan tarikh dengan anjuran penuh.

KILAUAN BERLIAN

Boleh didapati dalam dua rekaan dail dengan penggunaan nombor ataupun sentuhan berlian sebagai penanda waktu. Kemasan tatahan berlian 12 butir membangkit­kan sisi feminin nan mewah, dalam memberikan kilauan waktu berkesan. Atau pilihan penanda nombor yang lebih klasik pada muka jam tangan hitam dan putih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.