PINTAR SEPERTI KAMU!

BUKAN SEKADAR DIPAKAI UNTUK TAMPIL BERGAYA, FOSSIL GEN 5 HADIR DENGAN BEBERAPA FUNGSI NAIK TARAF YANG MENARIK, BERSAMA PERISIAN YANG LEBIH INOVATIF.

EH (Malaysia) - - ISTIMEWA FOSSIL -

Sleek and functional, Fossil mengetenga­hkan rangkaian jam pintar baharu edisi kelima (Gen 5) dengan rekaan yang lebih kemas, pintar dan tahan lasak. Sememangny­a jam tangan merupakan aksesori yang paling rapat dengan kita, biar apapun rekaannya, jam tangan tetap jadi satu aksesori yang tidak nampak keterlalua­n untuk digayakan tetapi lebih cenderung dilihat sebagai penyempurn­a gaya.

Fossil, jenama aksesori popular yang seringkali membariska­n jam tangan eksklusif turut sama berkembang dengan keluaran evolusi jam pintar yang canggih dan cukup bergaya. Sudah ke generasi kelima, Fossil mahu anda mengalami pemakaian jam tangan pintar dengan rekaan baharu, bersama beberapa fungsi yang dinaik taraf berbanding keluaran generasi sebelumnya.

Tampil dengan saiz bingkai 44mm bersama pelbagai jenis pilihan tali yang boleh ditukar ganti, begitu juga buat pilihan dail di skrin, jam tangan generasi baharu ini juga tampil dengan dua rekaan bingkai; Carlyle dan Julianna, jika sebelum ini reka bentuk jam tampak sedikit maskulin, kali ini anda diberi pilihan lebih bebas, lebih berjiwa wanita dalam perincian batu permata (rhinestone­s) dan warna emas merah (rose gold).

Swimproof Speaker pula memberi kebebasan anda menggunaka­n jam pintar ini sewaktu melakukan aktiviti di dalam air, terutamany­a semasa mahu menjawab telefon dan penggunaan fungsi Google Assistant. Bercakap tentang sistem Google Assistant baharu ini, ia ternyata memberi kemudahan setiap masa diperlukan. Contohnya untuk setkan penggera bangun tidur, reminders, timer, untuk menulis nota, atau membuat tembahan meja untuk makan malam anda bersama yang tersayang. Tidak cukup dengan itu anda juga bebas bertanya (Ask Google) tentang cuaca harian, trafik, terjemahan bahasa, penukaran unit ukuran dan berat, atau menggunaka­n sistem navigate untuk ke sesuatu tempat dengan pantas dan efisien.

Dengan Wear OS baharu, jam tangan pintar ini tampil dengan fungsi penggunaan baharu Tiles, sistem ini memudahkan anda untuk mengakses fungsi atau aplikasi dengan lebih pantas, terutamany­a sewaktu menentukan fitness goals dan memulakan senaman, ia juga turut menyokong LTE connection untuk membuat panggilan, pesanan mesej juga email! Buat anda yang sentiasa peka tentang kesihatan jam tangan pintar ini juga didatangka­n bersama aplikasi Cardiogram yang memaparkan taraf degupan jantung anda pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Hadir dengan enam jenis rekaan, jam tangan pintar Fossil Gen 5 ini pasti menjadi teman mesra untuk dibawa untuk meneroka tempat baharu dan melakukan aktiviti lasak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.