HAEL HUSAINI

31, PENYANYI & KOMPOSER

EH (Malaysia) - - YANG HANGAT -

Bermula dengan duo (Azhael), karier Hael sebagai penyanyi solo bergerak cemerlang dari saat ‘Jampi’ diperkenal­kan hinggalah yang terkini ‘Hari Ini’. Kongsi Hael untuk kekal relevan dan popular, seseorang itu perlu kekal menjadi diri sendiri. “Bila kita menjadi diri sendiri, secara tidak langsung kita juga menjadi istimewa. Hanya ada satu saja diri kita, orang lain tak boleh jadi diri kita bila kita menjadi diri sendiri. Lagi satu, sebagai artis kita perlu

treat pasukan kerja kita dengan baik, layan mereka seperti keluarga. Dan kalau bercakap soal hasil kerja yang tular pula, semua itu saya serahkan kepada pendengar atau penonton, kerana mereka saja yang berhak menilai. Pilihan di tangan mereka sama ada satu-satu karya itu perlu dikongsi (ditularkan) atau tidak. Saya hanya perlu pastikan setiap nukilan saya itu berkualiti.”

SOLEKAN KHIR KHALID DANDANAN MIEDY DANIEL SUIT RIZALMAN IBRAHIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.