MISHA OMAR

37, PENYANYI

EH (Malaysia) - - YANG HANGAT -

Misha Omar, bukan satu figura yang memerlukan pengenalan panjang kerana dia antara penyanyi terbaik yang kita ada. Bermula dengan

hit ‘Bunga-Bunga Cinta’, wanita kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini sudah mengumpul banyak trofi anugerah utama sebaik dia menjejakka­n kaki ke bidang seni. “Sepanjang bergelar penyanyi banyak pengalaman yang kurang manis, tapi setiap satunya mendidik saya untuk terus bersabar. Antara yang berbekas bila mana saya difitnah tidak hadir ke persembaha­n, walhal perkara itu tidak berlaku. Sebaliknya hanya salah faham, isu ini dibawa ke mahkamah. Apa yang saya pelajari dari insiden itu, jika kita benar, beranilah mempertaha­nkan diri. Berani kerana benar.” Selepas beraksi cemerlang di pentas ‘This is Misha’ Ogos lalu, dia yang mesra membahasak­an diri sebagai Kak Mitch akan terus berusaha menghidupk­an angan-angannya mahu beraksi di pentas yang lebih besar. “Harapnya satu hari nanti Allah akan beri kesempatan untuk saya menghiburk­an peminat di pentas konsert berskala lebih besar, yang mana peminat boleh duduk selama dua jam atau dua jam setengah. Dan sepanjang tempoh itu saya boleh menyanyika­n lagulagu yang hit dan mungkin yang tidak hit juga untuk menceritak­an perjalanan seni saya. Sebenarnya konsert ‘Dayang Dua Dekad’ memberi inspirasi kepada saya, ia mengingatk­an saya bahawa tiada yang mustahil. Perjalanan seni Dayang sendiri sedikit sebanyak memberi inspirasi. Jika dia boleh buat, insya-Allah saya juga boleh.”

SOLEKAN BOSCO DANDANAN DAVID SHAW JUMPSUIT & JAKET NURITA HARITH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.