AIN EDRUCE

27, PENGACARA & PELAKON

EH (Malaysia) - - YANG HANGAT -

“Antara berlakon dan mengacara, kedua-duanya dekat di hati saya. Saya kira macam lalang, saya ikut ke arah mana rezeki yang ada. Seperti tahun ini rezeki lebih banyak kepada tugas mengacara, jadi saya cenderung ke arah itu. Berlakon dan mengacara mendidik saya dua perkara berbeza, berlakon membimbing saya untuk bermain dengan ekspresi dan mengacara pula mengajar saya untuk bertutur dengan lebih lancar. Dan pada saya untuk bergelar pengacara yang baik tidak semestinya kita perlu ada kebolehan berjenaka, itu adalah bonus. Kelebihan mudah membuat orang ketawa itu bagus untuk menyerikan

show tapi tak bermaksud jika seseorang itu tidak punya sifat lucu tidak boleh menjadi pengacara yang baik. Saya suka melihat Cheryl Samad. Dia seorang pengacara yang nampak santai dan tidak nampak terlalu mencuba. Jika boleh saya mahu jadi seperti dia dengan menambah rencah karakter saya sendiri, ada sedikit elemen komedi tapi nampak profesiona­l seperti dia.”

SOLEKAN SYED FAIZAL DANDANAN MIEDY DANIEL JAKET & SKIRT KITTIE YIYI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.