ALIF SATAR

29, PENGACARA, PENYANYI & PELAKON

EH (Malaysia) - - YANG HANGAT -

“Apa yang saya buat dari dulu (menyanyi, berlakon dan mengacara) sampai ke hari ini adalah kerja yang sama. Dan kerana itulah saya sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan apa-apa saja situasi. Sewaktu berumur 16 tahun, ketika mula-mula terlibat dalam dunia seni, saya selalu tanya pada my mom, how do i meet people expectatio­n. Satu saja pesan my mom yang saya pegang sampai ke hari ini, ‘Alif, you can only be yourself’, dan bagi saya itulah pesanan terbaik dalam hidup saya. Sama ada saya di atas pentas, bertemu dengan sesiapa saja, saya hanya boleh lakukan sesuatu dengan baik bila saya menjadi diri saya sendiri. Bila kita menjadi diri kita sendiri, kita juga akan sentiasa gembira.” Kecemerlan­gan Alif mengemudi tiga cabang kerjayanya hari ini juga mengundang sorak pujian peminat, dan baginya kata-kata pujian adakalanya juga boleh menjadi ujian. “Saya teringat perbualan saya dengan Altimet beberapa tahun dulu. Katanya, kalau kita hidup dengan mengharapk­an pujian manusia kita akan mati bila kita dikeji satu hari nanti. Dan bunyinya klise tapi saya percaya apa saja yang baik itu sebenarnya datang dari Allah. Sebagai manusia ya kita memang suka akan pujian tapi kita kena undur selangkah ke belakang dan ingatkan diri bahawa pujian itu hanya milik Allah. Pujian juga boleh jadi ujian, peringatan untuk kita usah leka dan lalai.” SOLEKAN EMMY AGUNG DANDANAN MIEDY DANIEL SUIT BON ZAINAL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.