SHERRY ALHADAD

34, PENGACARA & PELAKON

EH (Malaysia) - - YANG HANGAT -

“Saya bermula dengan teater. Sepanjang aktif dengan teater sejak tahun 2006 respon yang sering saya terima semuanya positif. Habis persembaha­n orang akan datang puji. Tapi tidak sewaktu saya mula mengacara Melodi pada tahun 2014, saya sangka soal penampilan saya takkan menjadi isu, rupanya saya silap. Stigma penonton tentang saiz badan itu ada, feedback tidak bagus dan saya juga down. Prinsip saya mudah, saya akan selalu ght for myself, saya belajar seni dan itu yang akan saya perjuangka­n dalam hidup saya. Saya gunakan kekurangan saya sebagai senjata. Saya teruskan dengan kerja saya dan perlahan-lahan cuba membelai hati penonton. Sama macam berkawan, sebelum kenal kita ada tanggapan kita sendiri, bila dah dekat dan kenal kita akan sedar orang itu berbeza dengan apa yang kita sangka. Lama-lama saya lihat orang mula menerima saya dan lupa tentang saiz badan. Stereotaip orang tentang orang yang keluar TV mesti kurus dan cantik juga sudah berubah.” Bila disoal tentang faktor utama yang menguatkan chemistry dengan Alif Satar, ujar Sherry semuanya hasil latihan yang berterusan. “Alif orang yang bijak, saya pula lebih mahir dalam berjenaka. Jadi jika ada benda yang perlu nampak pandai saya akan minta Alif bimbing, begitu juga sebaliknya. Saya dan dia sentiasa berbincang. Latihan sangat penting, dan orang takkan percaya kerana ramai yang †kir momen yang kami cipta di atas pentas nampak sangat spontan. Lagi satu, untuk jadi pasangan pengacara yang baik, tak boleh ada sifat tamak. Kita tak boleh ada niat nak menonjol seorang diri. Dua-dua perlu nampak bijak dan nampak lawak. Jika dalam teater konsepnya, act and react. Kita kena bijak membaca otak pasangan kita. Sedar ruang dan sedar masa.” Bila ditanya siapa pula yang selalu membuat dia ketawa, singkat jawabnya, “emak saya. Dia seorang yang sangat random.” SOLEKAN KHIR KHALID DANDANAN MIEDY DANIEL GAUN LYNDA RAHIM KL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.