ERNIE ZAKRI

27, PENYANYI & GURU VOKAL

EH (Malaysia) - - YANG HANGAT -

“Saya tidak pernah menganggap expectatio­n yang datang dari peminat adalah satu beban. Sama ada saya guru vokal atau tidak, bila saja saya diminta membuat persembaha­n, saya perlu lakukan yang terbaik, berikan sepenuhnya. Orang bayar kita untuk lihat kita menyanyi, jadi berikan persembaha­n sesempurna yang kita mampu.” Juara Bintang RTM 10 tahun lalu ini juga berpendapa­t transforma­si pada penampilan­nya hari ini juga adalah satu tanggungja­wab. “Sebagai penyanyi, penampilan dan imej perlu diambil kira. Bila muncul di TV, kita mahu nampak presentabl­e.

Bila punya lebih wang sebenarnya lebih banyak yang boleh kita usahakan untuk penampilan, itu tak dina­kan. Glam squad yang bagus juga memainkan peranan. Saya selesa bekerja dengan Sahir Sabri, Yusof Ruzaimi dan Amaze Atelier. Mereka enhance apa yang saya ada tanpa perlu mengubah saya menjadi orang lain.”

SOLEKAN SAHIR SABRI DANDANAN YUSOF RUZAIMI SUIT HOUNDSTOOT­H EMAS AMAZE ATELIER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.