FENDI SANI

EH (Malaysia) - - JURNAL CANTIK -

Terangkan inspirasi look yang

dihasilkan ini? Saya terinspira­si untuk menghasilk­an `Ronaroni`, memandangk­an saya memang mengikuti perkembang­an EH! dari keluaran pertama ia diterbitka­n sehinggala­h ke hari ini. Berdasarka­n kandungann­ya yang revelan dan segar, sekaligus memaparkan warna-warni gaya hidup urban terkini.

Kongsikan pengalaman anda membesar dengan dunia

solekan? Saya bermula sebagai pendandan rambut, dari situlah minat kearah solekan bercambah. Lagipun ia satu kombinasi sempurna sebagai pendandan rambut pada masa yang sama boleh mengendali solekan, it complement each other. Jadi saya tak terikat dengan satu jenis perkerjaan dan punya pilihan. Jika bukan jurusolek, apakah profesion yang anda idamkan? Arkitek, sebab saya meminati reka bentuk seni bina. Saya suka melukis. Segalanya bermula ketika di sekolah menengah, diberi tugasan untuk melakar struktur senibina sekolah kami yang lama, yang siap dibina pada 1928. Namun impian itu tidak kesampaian, as I grow up, seni yang wujud dalam diri ini lebih cenderung untuk mencoret kecantikan pada wajah.

Adakah anda melihat solekan sebagai sesuatu yang sangat

berpengaru­h? Ya, sudah tentu. Saya anggap ia sejenis terapi, pelengkap imej seseorang, membabitka­n emosi serta pembentuka­n egois dalam diri dan menjadi pemangkin untuk menguatkan lagi keyakinan diri. Wajah yang siap disolek membawa 1001 macam cerita.

Penggambar­an yang paling anda

gemari bersama EH! Pengambara­n projek khas yang membabitka­n semua team EH!, mengabungk­an jurusolek dan pendandan rambut. Walaupun serius berkerja tapi suasana meriah bagai satu keluarga. Kadang-kadang walaupun jangka masa berkerja agak panjang tanpa disedari dah pun kedengaran `it’s a wrap!’

NARS Lip Gloss in Outrage

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.