YUSOF RUZAIMI

EH (Malaysia) - - JURNAL CANTIK -

Apa yang memberi inspirasi kepada anda untuk menjadi

pengaya rambut? Apabila saya rasa orang ramai masih belum nampak keindahan seni dandanan rambut. Oleh sebab itu saya ingin mencipta sesuatu yang akan memberi inspirasi kepada orang lain juga.

Pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan dalam

kerjaya anda? Ketika saya bekerja dengan penggaya rambut yang lebih senior. Saya sebenarnya tidak dapat menerangka­n perasaan itu, tetapi saya menikmati perjalanan kerjaya saya dengan rasa bersyukur. Boleh terangkan gaya rambut anda untuk pengambara­n ini? Saya hasilkan gaya rambut yang ringkas dan sesuai dengan solekan.

Ada sebarang gaya rambut yang menerbitka­n rasa kesal

menghasilk­annya? Saya akan kelihatan sombong dan ego jika saya tidak menjawab soalan ini (ketawa). Biasanya gaya rambut bergantung kepada bentuk muka. Sesetengah­nya sesuai dengan rambut yang besar, ada yang tidak, Sesetengah akan kelihatan menakjubka­n dengan rambut anggun serta ringkas dan ada yang tidak sesuai. Saya tidak pernah menyesali gaya rambut yang pernah saya hasilkan, tetapi saya tidak akan mengulangi­nya jika saya berasa tidak puas hati.

NARS Light Reflecting Pressed Setting Powder

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.