DRAMA

EH (Malaysia) - - JURNAL CANTIK -

NATASHA MAT NOOR

Siapa yang memberi inspirasi untuk anda menjadi model? Ibu saya. Sewaktu kecil saya sering mengikut ibu ke kelas catwalk. Pertama kali saya melihat Tengku Azura, Tuti, Rita dan Atikah ia membuatkan saya lebih teruja untuk menceburi bidang peragaan. Jika bukan di bidang peragaan, apakah profesion impian anda? Impian saya untuk menjadi peguam.

Adakah persepsi anda pada industri peragaan berubah selepas terlibat di dalam industri

ini? Ya. Pada mulanya saya fikir industri peragaan di Malaysia adalah tentang keseronoka­n. Sebenarnya ia memerlukan disiplin dan etika kerja yang bagus bukan hanya untuk model tetapi untuk semua yang terlibat dalam industri ini. Telalu banyak helah atau permainan untuk kepentinga­n sendiri. Tetapi, walau apa pun ia terjadi saya masih suka dan menghargai bidang ini.

Cabaran terbesar menjadi

seorang model? Ketinggian saya. Dan adakalanya tidak mendapat bayaran daripada tugas yang dilunaskan.

Penggambar­an paling diingati

bersama EH! Semestinya penggambar­an untuk halaman fesyen edisi November 2016. Saya berganding­an dengan model senior Deedeenash, Deanna Ibrahim dan Rita Suraya. Ketika itu saya gementar dan teruja dapat bekerja bersama mereka.

Apakah rutin cantik anda apabila mempunyai penggambar­an

keesokan hari? Saya akan memakai dua jenis pupur wajah iaitu peeling dan mud. Saya akhiri dengan memakai serum dan pelembap.

DAVID SHAW

Apa yang memberi inspirasi untuk anda menjadi pendandan

rambut? Sewaktu kecil dulu, saya sentiasa mengikut makcik saya ke salonnya. Apabila melihat ramai yang datang dengan rambut yang biasa dan keluar dengan rambut bersiap cantik, saya berfikir bahawa betapa magisnya rambut dapat mengubah penampilan seseorang. Dari situ mula berminat untuk belajar dan menjadikan bidang ini sebagai kerjaya.

Apakah cabaran terbesar menjadi seorang penggaya rambut

profesiona­l? Perlu sentiasa mempelajar­i skil baru dan mencari idea terkini seiring trend semasa.

Pengalaman paling tidak dapat

dilupakan? Apabila pelanggan menghargai hasil kerja saya. Ia cukup bermakna untuk diri saya.

Pengalaman yang kurang manis

pula? Pada awal pembabitan saya hilang arah kerana tidak bergaul dengan orang yang betul dan masih kabur mencari arah. Ia membuatkan saya rasa lost. Boleh terangkan gaya rambut anda untuk penggambar­an ini. Selepas berbincang bersama Bosco dan untuk disesuaika­n dengan solekan yang dihasilkan terjadilah gaya rambut yang berkonsepk­an Japanese Fusion Style.

Kongsikan tip penggayaan

rambut yang baik? Tipnya adalah keseimbang­an rambut. Ia penting kerana bila rambut seimbang ia dapat menyerlahk­an wajah seseorang dan sesuai dengan bentuk wajah. Keseimbang­an yang dimaksudka­n ialah apabila kita membuat suak rambut, garis yang dihasilkan perlulah seimbang dan lurus. Sama juga dengan penggayaan rambut ikat ciut (ponytail), ketinggian paras ikatan tersebut perlulah sama dan tepat. Baru rambut itu nampak cantik dan bernyawa.

BOSCO RYZAL

Terangkan inspirasi look yang

anda hasilkan ini? Drama! Ia terinspira­si dari pentas peragaan John Galliano dan jurusolek terkenal Pat Mcgrath. Saya gemarkan solekan yang dramatik, edgy dan unik.

Mengapa memilih untuk menjadi

seorang jurusolek? Arwah ibu saya seorang mak andam, saya sering mengikutny­a dan menjadi pembantu setiap kali merias pengantin. Sewaktu kecil, saya dikeliling­i ramai sepupu perempuan oleh itu saya sudah terdedah dengan dunia kecantikan, suka melihat wanita berias cantik dan dari situlah timbul minat untuk menjadikan bidang solekan sebagai kerjaya. Jika bukan jurusolek, apakah profesion yang anda idamkan? Saya gemar memasak. Sesiapa yang mengikuti saya di media sosial mesti tahu jika ada kelapangan saya akan berkongsi resipi di Instagram.

Apakah paling diingati sepanjang

menjadi jurusolek? Berpeluang menghadiri minggu fesyen New York bersama Neelofa. Paling manis bila saya berpeluang untuk menyolek wajah isteri kepada Tuanku Mahkota Johor, YM Che’ Puan Khaleeda semasa majlis perkahwina­nnya.

Siapakah selebriti pertama yang

anda solekkan? Saya menceburi bidang solekan pada 1999. Selebriti pertama yang saya solek adalah Azza (Elite). Apakah tip solekan yang paling berguna anda pernah terima? Tip dari ibu saya. Ibu saya akan mengguntin­g anak rambut (sideburn) bakal pengantin kemudian ibu akan membaca doa untuk menaikkan seri pengantin. Tetapi tip itu tidak pernah pun saya mencubanya.

Apakah nasihat untuk jurusolek

baru? Disiplin dan hasil kerja kena seiring dengan tingkah laku. Sentiasa rajin belajar kerana ilmu itu banyak dan susah untuk diperolehi. Paling penting jangan berangan!

DIOR PRESTIGE Le Micro-Fluide Teint De Rose

DIOR Rouge Ultra Care

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.