KIT WOO

EH (Malaysia) - - ISTIMEWA FOSSIL -

Bakat milik pereka muda kelahiran Kuantan, Pahang ini tidak perlu dipersoalk­an lagi. Kit Woo memulakan pengajian diploma di Singapura, dan seterusnya melengkapk­an pengajian peringkat sarjana di kota New York, Amerika Syarikat. Selepas tamat pengajian, dia bekerja sebagai pembantu pereka lelaki untuk Public School New York. Menurutnya, dia memilih bidang ini kerana energi, kelajuan dan juga semangat setiap pemain fesyen yang menghidupk­an industri ini. Dia pulang ke Malaysia pada 2016 dan memulakan label fesyennya sendiri. Memandang tinggi estetika pereka Comme Des Garcons, Rei Kawakubo, dia turut terkenal dengan eskpresi eksperimen­tal dan edgy dalam setiap koleksi yang dipersemba­hkan. Seperti koleksi baharu yang dipentaska­n ketika KLFW barubaru ini. Padanya, fesyen adalah medium komunikasi yang paling efektif. Walaupun masih baharu, dia merasakan dapat memajukan labelnya sendiri dari tahun ke tahun dan kekal bertahan adalah pencapaian terbaiknya. Sebagai pereka, dia mahu melihat Yuna menggayaka­n rekaannya kerana padanya Yuna tidak memiliki gaya feminin mahupun maskulin, tetapi dia mampu untuk menggayaka­n apa jua padanan gaya. Dalam lima tahun, banyak yang dicapainya untuk meluaskan labelnya langkah demi langkah seperti membesarka­n tenaga kerja, mempunyai platform atas talian dan juga stor fizikal. Kit Woo adalah generasi fesyen baharu lokal yang perlu diberi perhatian. Kit Woo memakai padanan kemeja dan seluar jalur multi-warna bersama jaket labuh motif lebah KITTIE YIYI.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.