NURUL ZULKIFLI (MIMPIKITA)

EH (Malaysia) - - ISTIMEWA FOSSIL -

Mungkin ramai yang sudah tahu, Mimpikita diasaskan oleh tiga adik-beradik yang diketuai oleh Nurul Zulkifli selaku Pengarah Kreatif. Ia bermula dengan sebuah buku lukisan sekitar 10 tahun yang lalu. Dia merasakan terdapat ruang kosong dalam industri fesyen lokal yang rata-rata pereka fesyen tempatan hanya fokus pada pembuatan baju dan butik perkahwina­n sahaja. Sukar untuk mendapatka­n label lokal yang menjual himpunan sedia pakai. Dari situ bermulalah Mimpikita sebagai refleksi individual­iti mereka dan dalam masa yang sama mampu menghasilk­an koleksi yang berkualiti. Praktikal, adventurou­s dan ada masanya fun adalah tiga terma yang menggambar­kan sisi fesyen milik Nurul. Dia mengagumi pereka antarabang­sa, Dries van Noten yang berani menggabung­kan cetak pada material polos mahupun bertekstur pada koleksi yang cukup mudah untuk digayakan. Seperti Dries, Mimpikita juga cukup terkenal dengan mainan cetak multi-warna yang tersendiri. Berbeza dengan label fesyen lain, Nurul melalui Mimpikita berani menghadirk­an cetakcetak yang unik lantas meletakkan mereka berbeza dengan pereka yang lain. Dia mengharapk­an peminat fesyen dapat menghargai usaha dan kerja keras yang dilakukan setiap pereka fesyen tempatan, lebih-lebih lagi hasil buatan Malaysia yang lebih mahal. Dan dalam lima tahun, dia mahu kekal mewarnai lapangan fesyen dengan idea-idea lebih kreatif dan memiliki butik di pusat beli-belah utama Kuala Lumpur dan juga di kota London. Nurul Zulkifli memakai kemeja, jaket genggang dan skirt jalur KREE.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.