NURITA HARITH

EH (Malaysia) - - ISTIMEWA FOSSIL -

Feminin, minimal dan flirty adalah tiga perkataan yang sangat tepat menggambar­kan seni desain milik Nurita Harith. Pereka fesyen yang mendapat pengajian di Surrey Institute of Art di London, United Kingdom ini meminati seni lukisan sejak kecil lagi. Dia mempunyai visi fesyen yang tersendiri dengan penggunaan perincian selain penghasila­n siluet yang banyak bermain dengan ton dan tekstur. Nurita bermula dengan menyertai beberapa pertunjuka­n fesyen kecil dan pertanding­an selepas tamat pengajian seperti menyertai pertanding­an Project Runway Malaysia pada 2007. Dia juga pernah bekerja sebagai penata gaya untuk 'survive' dalam industri fesyen. Tahun demi tahun, labelnya terus berkembang dan paling utama dia berjaya menghasilk­an estetika DNA buat ilhamnya yang kini menjadi identiti nan tersendiri. Busana perkahwina­n, baju perayaan sehinggala­h kepada koleksi sedia pakai dihasilkan sarat DNA Nurita Harith yang kini dikenali oleh peminat fesyen. Walaupun namanya kini kukuh di persada fesyen Kuala Lumpur, terdapat beberapa momen yang tidak dapat dia lupakan seperti pengalaman ketika mula-mula pembukaan butiknya sendiri. Menurutnya walaupun Malaysia mempunyai koleksi musim perayaan yang kukuh selain desain busana perkahwina­n yang mempunyai permintaan tinggi, dia mahu melihat kesedaran pada koleksi kasual sedia pakai yang mampu untuk menghangat­kan lagi industri fesyen tanah air. Pereka yang meminati rekaan milik Sophia Kokosalaki, Ann Demeulemee­ster dan Khoon Hooi ini juga merasakan komuniti fesyen tempatan perlu bersatu lantas membantu antara satu sama lain, lebih-lebih lagi kepada generasi pelapis muda untuk mendapatka­n inspirasi agar mereka tidak mudah putus asa. Nurita Harith memakai blaus dan seluar pendek material lisu ALIA BASTAMAM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.