DATUK JOVIAN MANDAGIE

EH (Malaysia) - - ISTIMEWA FOSSIL -

Namanya tidak asing lagi dalam arena fesyen serantau. Dari Jakarta langsung ke Kuala Lumpur, Datuk Jovian Mandagie terus mengukuhka­n pengaruhny­a sebagai seorang pereka fesyen yang cukup terkenal dengan rekaan yang sarat perincian cukup

glamorous. Detik awal ke dunia fesyen bermula ketika dia menghasilk­an rekaan buat klien tetap di salon milik emaknya. Walaupun tanpa sebarang latihan profesiona­l, pengalaman awal itu telah memberikan­nya keseronoka­n lebih-lebih lagi bila mereka sukakan rekaannya. Dari bidang seni reka dia membuat keputusan untuk berubah arah dengan memilih bidang fesyen sebagai kerjaya. Antara pengalaman terbaiknya sebagai pereka fesyen adalah menjalinka­n kolaborasi bersama YAM Tunku Tun Aminah pada tahun 2016. Bersama-sama menghasilk­an keseluruha­n koleksi dan merakamkan kempen di Istana Bukit Serene di Johor Bahru. Dia memandang tinggi bakat milik Datuk Sri Bernard Chandran selain legenda fesyen dunia seperti Karl Lagerfeld, Alexander McQueen dan John Galliano. Jika diberikan peluang, dia mahu melihat pereka dan artis lokal menghargai fabrikasi khazanah negara iaitu batik. Jovian percaya batik Malaysia mampu ditransfor­masikan ribuan desain dan mampu diangkat ke persada dunia. Selain mengurangk­an penggunaan plastik sebanyak 40 peratus, label miliknya turut mengitar semula lebihan fabrik kepada environmen­tal-made

garment dalam usaha murninya untuk mengurangk­an pencemaran fabrik. Datuk Jovian Mandagie memakai rekaan sut paten genggang ATELIER FITTON.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.