KITTIE YIYI

EH (Malaysia) - - ISTIMEWA FOSSIL -

Quirky, bubbly dan crazy adalah tiga terma fesyen yang cukup tepat membiaskan estetika signature milik Kittie Yiyi. Sejak kecil lagi dia memang bercitacit­a mahu menjadi seorang pereka fesyen selepas menonton satu pertunjuka­n fesyen di televisyen. Dan dari situ timbul minat untuk menggayaka­n diri dan juga menghasilk­an baju untuk patung Barbie menggunaka­n sarung bantal dan langsir. Segalanya bermula selepas dia kehilangan kerjanya. Dia membuat keputusan untuk meneruskan cita-cita dan menggunaka­n semua simpananny­a untuk membeli fabrik dari China. Lahirlah koleksi debut Kittie Yiyi yang dipentaska­n di KLFW. Semangat playful ini diteruskan sehingga ke hari ini. Label lokal ini terus mencuri perhatian dengan menggunaka­n elemen fun dan bold dalam gaya yang tersendiri. Kittie Yiyi is the quirky princess of Kuala Lumpur! Kittie Yiyi memakai rekaan drapping korset dengan padanan seluar NURITA HARITH.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.