ALIA BASTAMAM

EH (Malaysia) - - ISTIMEWA FOSSIL -

Siapa yang tidak mengenali estetika signature milik pereka fesyen bernama Alia Bastamam. Setiap koleksi yang dipersemba­hkan pasti membiaskan kombinasi elegan, sensual, moden dan paling utama, feminin. Sejak kecil lagi Alia gemar mencipta sesuatu barang dan kemudianny­a mereka pakaiannya sendiri ketika menghadiri parti atau melancong. Mula dengan menuntut dalam jurusan senibina, tetapi memutuskan untuk menggapai cita-citanya dengan mengambil jurusan rekaan fesyen. Kariernya dalam industri fesyen bermula sebagai penata gaya, dan seterusnya sebagai pereka junior untuk sebuah label resort. Pada 2007, dia bekerja di bawah label Jovian Mandagie. Dari situ, dia mengasaska­n label fesyen sendiri bersama rakanrakan­nya pada 2010, dan mementaska­n koleksi pertama pada tahun berikutnya. Dia mengembang­kan portfolio labelnya dengan pengasasan rangkaian Alia B. yang menghasilk­an pakaian sedia pakai yang lebih mampu milik dan trend-driven. Bila ditanya mengenai model kegemarann­ya, dia telah membuktika­n sokongan pada barisan model tempatan seperti Alicia Amin, Shikin Gomez, Natalie Prabha, Rita Suraya dan Tuti Noor yang telah berjalan sekaligus menutup pementasan­nya kali ini. Menurutnya lagi, dia merasakan industri fesyen Malaysia akan mengalami revolusi yang akan mengangkat bakat pereka fesyen sebenar dan bukan ‘pereka’ yang semata-mata mahukan populariti. Alia juga mengharapk­an lebih banyak peluang buat pereka fesyen lokal untuk bertemu dengan buyer dari dalam dan luar negara, selain perkenalan lebih banyak platform fesyen fizikal mahupun atas talian yang dapat membantu menghangat­kan industri fesyen di Kuala Lumpur. Alia Bastamam memakai baju kolar bugar dengan elemen jaring JOVIAN MANDAGIE.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.