RIDZUAN ALIAS (KREE)

EH (Malaysia) - - ISTIMEWA FOSSIL -

Berbekalka­n kerja keras dan semangat pada fesyen, nama baharu ini mempunyai masa depan yang cerah untuk melakar nama dalam industri fesyen Malaysia. Ridzuan Alias kini merupakan pereka fesyen untuk label lokal, Kree. Bila ditanya mengapa dia mahu menjadi seorang pereka fesyen, jawapan yang diberikan cukup mudah. Dia suka mencipta sesuatu yang baharu terutamany­a seni rekaan pakaian. Bermula dengan menyertai pertanding­an fesyen serta latihan industri, dia bercitacit­a untuk berjaya seperti Datuk Rizalman Ibrahim satu hari nanti. Dia turut mengagumi kerja seni milik Oscar de la Renta dan rekaan rumah fesyen Balenciaga. Antara pengalaman yang tidak boleh dilupakan adalah ketika dia mementaska­n koleksi pertamanya di Kuala Lumpur Fashion Week. Dan dalam lima tahun, pemenang Pereka Fesyen Baharu di Anugerah Stail EH! 2019 ini mahu mengukuhka­n lagi jenamanya di pasaran lokal dan seterusnya antarabang­sa, disamping ingin membantu masyarakat dalam aktiviti berfesyen. Ridzuan Alias memakai baju kolar jalur dan jaket bomber EZZATI AMIRA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.