JOSHUA FITTON (ATELIER FITTON)

EH (Malaysia) - - ISTIMEWA FOSSIL -

Dari kemeja-t ke tuksedo. Itulah transisi sartorial oleh pereka label fesyen yang fokus kepada menswear, Atelier Fitton. Joshua Fitton memulakan langkah ke dalam industri fesyen Kuala Lumpur dengan menghasilk­an kemeja-t asas. Menamatkan pengajian Masters in Architectu­re, University of Lincoln, dia menggunaka­n semula kaedah yang dipelajari­nya seperti pembinaan bangunan yang membenarka­nnya untuk memahami tubuh fizikal manusia dan juga karakter fabrik. Dia turut membuat keputusan untuk terjun ke industri ini kerana trend fesyen yang sentiasa bertukar dalam rentak yang pantas. Fesyen mampu memberikan kebebasan untuk mengekspre­sikan identiti diri termasukla­h idea dan emosi. Dia mengagumi pereka Joshua Kane yang sentiasa mencabar sempadan dalam penghasila­n sut yang lebih ekstrem. Menurut Joshua, setiap gerobok lelaki perlu dilengkapi dengan sepasang sut yang sempurna. Dan itulah misi Atelier Fitton yang mementingk­an kualiti dan

great workmanshi­p agar ia boleh dipakai bertahun-tahun, malah untuk generasi yang seterusnya. Tidak dilupakan, kekayaan seni penghasila­n Inggeris yang sarat tradisi, elegan dan timeless. Dia mengharapk­an nama Atelier Fitton akan menjadi go to brand untuk pembuatan suit dan meneruskan legasi sartorial ke pasaran antarabang­sa satu hari nanti. Joshua Fitton memakai kemeja, jaket dan seluar berjurai KIT WOO.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.