EZZATI AMIRA

EH (Malaysia) - - ISTIMEWA FOSSIL -

Sejak kecil lagi, dia bercita-cita mahu menjadi seorang pereka fesyen. Pada usia 16 tahun, dia membeli majalah fesyen pertama yang terus mengukuhka­n impiannya itu. Dia mendapatka­n pengajian formal di Raffles Design Institute, Kuala Lumpur dan bermulalah kerjayanya sebagai pereka fesyen lantas memulakan labelnya sendiri pada 2013. Ezzati Amira merupakan pereka fesyen generasi baharu yang sarat kreativiti, berani dan berkeyakin­an. Himpunan pertama untuk musim bunga/panas 2013 dihasilkan­nya sendiri dan hanya menggunaka­n media sosial sebagai medium pemasaran. Menghasilk­an rekaan buat idolanya, Ella untuk konsert

unplugged di Istana Budaya tahun ini adalah antara highlight kerjayanya selama ini. Dia juga mahu menghasilk­an rekaan buat Anita Sarawak yang merupakan inspirasi buat wanita dengan tenaga dan kerja keras. Membuka stor di pusat belibelah adalah impian masa hadapannya dan berharap industri fesyen Malaysia akan terus maju ke hadapan, dan percaya ia mampu dilakukan! Ezzati Amira memaki korset inspirasi bunga dan seluar MIMPIKITA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.