ISWAN ISMAIL

30, PELAKON

EH (Malaysia) - - ISTIMEWA FOSSIL -

Bagaimana anda mula terlibat dalam industri lakonan dan apa tentang industri ini menarik minat anda? Saya bermula dalam bidang peragaan dan sejak itu mula dipanggil oleh pengarah untuk menjadi pelakon tambahan. Apa yang saya minat tentang industri lakonan ini adalah prosesnya, pabila kita dapat explore pelbagai emosi untuk situasi dan watak berbeza. Pada masa yang sama, kita juga dapat memahami diri kita sekali. Apakah risiko paling besar pernah diambil dan ia berbaloi? Berhijrah ke Malaysia untuk memenuhi minat saya dalam bidang lakonan. Jika diberi peluang memilih, apakah karakter pilihan anda dan apa proses kreatif anda untuk bawa watak tersebut menjadi realiti? Saya ingin mencuba watak yang melalui hidup yang sukar dan hadir dengan pelbagai cabaran. Saya juga berminat dengan watak aksi seperti polis, askar mahupun berlawan. Untuk membawa watak tersebut menjadi realiti, selain melihat references, saya akan cuba lalui proses mencari diri sendiri untuk keluarkan perasaan yang terpendam dan memecahkan tempoh yang ada supaya perasaan itu sampai kepada penonton. Trik penjagaan wajah yang paling berkesan bagi saya ialah Jangan cuba menyentuh wajah dengan tangan yang kotor.

Jaket Pull & Bear, Seluar jean Pull & Bear

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.