AFIEQ SHAZWAN

22, PENYANYI & PELAKON

EH (Malaysia) - - ISTIMEWA FOSSIL -

Projek terbaru saya Single ketiga saya yang lain daripada genre asal (raggaeton) dan juga sibuk dengan drama untuk TV3. Pada pendapat anda, bagaimana industri muzik sekarang mempengaru­h pilihan anda untuk cipta/pilih muzik untuk diri sendiri?Muzik sekarang amat berbeza dengan dahulu kerana ia bergantung kepada penerimaan pendengar yang bukan sahaja mendengar muzik dan lirik, malah menonton video muzik. Kini penerimaan mereka lebih meluas dan terbuka dan sebagai seorang artis, kita perlu mengeluark­an idea kreatif yang lebih meluas dan luar dari kotak. Muzik sentiasa berkembang setiap tahun. Apakah cara terbaik yang anda boleh lakukan untuk kekal relevan? Sebagai seorang artis kita perlu tahu apa yang terkini. Saya ada peminat dan saya akan dengar komen mereka dan apa yang mereka mahukan. Kita kena belajar untuk balance baik dan buruk agar produk yang kita akan keluarkan di masa hadapan lebih bermutu. Apakah rutin penjagaan kulit

anda? Saya mencuci wajah dan menggunaka­n scrub terutamany­a selepas bersukan. Apakah risiko paling besar anda pernah ambil dan ia

berbaloi? Saya berehat dari pengajian di MSU buat sementara kerana menyertai Big Stage dan ia berbaloi kerana saya berjaya mendapat tempat ketiga. Kini saya sedang meneruskan pelajaran saya untuk ijazah.

Baju ZARA Seluar zara

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.