LUQMAN FAIZ

19, PENYANYI

EH (Malaysia) - - ISTIMEWA FOSSIL -

Apa yang menarik minat anda untuk menyertai industri muzik pada mulanya? Niat paling utama ialah untuk membantu ibu menyara keluarga setelah ayah saya meninggal dunia tiga tahun lalu. Dengan platform yang ada, saya guna sebaik mungkin untuk mengurangk­an beban keluarga. Siapa yang menjadi inspirasi untuk anda menjadi lebih kreatif? Alif Satar. Bagi saya, dia seorang yang senang dengan orang lain, mempunyai personalit­i baik bahkan dia seorang yang versatil; dia boleh menyanyi, berlakon. Sebagai pelajar muzik di universiti tempatan, adakah ini membantu mencipta perspektif berbeza dalam cara anda melihat muzik

sebagai seni kreatif? Jika kita belajar tentang sesuatu dengan lebih mendalam, secara tidak langsung perspektif kita akan menjadi lebih berbeza. Sebagai contoh, cara saya melihat muzik kini berbeza berbanding sebelum ini. Saya bukan sahaja mendengar suara nyanyian, saya juga fokus kepada melodi muzik itu sendiri. Trik penjagaan wajah yang paling berkesan bagi saya ialah Kerapkan membasuh muka dan minum air yang secukupnya. Saya gembira bila Bersama dengan orang yang tersayang terutamany­a ibu saya. Jaket Pull & Bear, Seluar bershka

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.