UGLY BEAUTY

EH (Malaysia) - - JURNAL CANTIK -

GARRIE BOBS

Apa yang memberi inspirasi kepada anda untuk bergelar

pendandan rambut? Saya membesar dengan memiliki gaya rambut yang tidak cantik. Hal itu mencetus inspirasi untuk saya belajar mendandan rambut, lantas menjadikan­nya kerjaya.

Pengambara­n pertama anda

bersama EH!? Tujuh tahun lalu. Saya tidak ingat bila kali pertama saya bekerja bersama EH! tetapi apa yang saya boleh kongsikan saya sering berkerja bersama EH!

Apakah cabaran terbesar menjadi seorang penggaya

rambut? Bekerja dengan orang baru, kerana saya tidak biasa dan belum dapat memahami kehendak dan rentak kerja bersama. Pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan setakat ini? Pengambara­n di Tibet. Ia mengambil masa seminggu dengan keadaan cuaca ketika itu -20 darjah selsius.

Boleh terangkan ilham untuk

pengambara­n ini!? Saya telah berbincang bersama Shiyo dari segi konsep dan model yang akan dipilih untuk penggambar­an ini, agar dandanan yang saya hasilkan kena dengan solekan. Kongsikan tip penggayaan rambut yang baik? Sentiasa trim rambut anda!

Apa yang akan anda lakukan

pabila “bad hair day”? Saya sangat cerewet tentang gaya rambut saya. Saya juga mengambil masa bagi mendapatka­n gaya rambut yang benar-benar dapat memuaskan hati.

SHIYO JOO

Terangkan inspirasi look yang

anda hasilkan ini? Dengan mainan rona abstrak ia menjadikan look ini eye catching. Itulah interpreta­si Ugly Beauty solekan ini. Apakah yang mendorong minat anda untuk menjadi jurusolek? Semuanya bermula sewaktu saya di sekolah menengah, saya cukup meminati aliran seni dan saya jatuh cinta dengan warna. Anda berkerja dengan selebriti terkenal di industri ini, tetapi siapakah idola anda? Mentor saya, Sheng Saw.

Apakah lem atau seni yang punyai impak dalam kreativiti

anda? Saya sentiasa memuja karya Hungvangoo, ia banyak memberi inspirasi buat saya. Apakah penggambar­an paling diingati bersama EH!? Penggambar­an kulit majalah pertama saya untuk EH! isu Mac 2019. Apakah tip solekan yang paling berguna pernah anda terima? Sentiasa hasilkan solekan yang timeless dan solekan itu adalah tools untuk anda menyerikan lagi wajah bukan menyembuny­ikannya.

HANNAH HASHIM

Apa yang memberi inspirasi untuk anda menjadi model? I did not expect to be a model. Orang di sekeliling saya yang sebenarnya menggalakk­an saya untuk menjadi model jadi merekalah yang memberi inspirasi kepada saya. Jika bukan di bidang peragaan, apakah kerjaya impian anda? Arkitek atau pereka fesyen atau apa-apa yang berkaitan dengan seni.

Jika menjadi seorang model mengajar anda tentang sesuatu,

apakah ia? Disiplin. Pekerjaan ini melibatkan ramai orang yang kreatif, jadi saya tidak boleh main-main. Waktu perlu dipatuhi, penjagaan diri perlu tip top. Jadi secara tidak langsung saya menjadi a better version of myself. Penggambar­an bersama EH! yang paling diingati? Penggambar­an sulung saya bersama EH! untuk denim issue. It was a conceptual shoot, look saya lain dari biasa.

Cabaran sepanjang anda

menjadi model? Menjadi orang yang sabar. Untuk sesuatu penggambar­an itu penyediaan­nya mengambil masa. Dari bersolek, berdandan, ujian pencahayaa­n dan sebagainya. Jadi perlukan kesabaran menunggu untuk hasil yang bagus.

CHOMEL

Terangkan inspirasi gaya yang dihasilkan ini? Spontan. Bagi saya untuk menghasilk­an look yang fun dan full with colours perlulah ada elemen spontan. Bagi saya spontan itu menyeronok­an. Jika bukan jurusolek, apakah profesion yang anda idamkan? Pereka fesyen atau chef. Saya cukup minat memasak, boleh kata apa yang saya masak semuanya sedap-sedap. Jangan ingat saya riak ya (ketawa). Siapakah idol anda sedari kecil? Razlan Bahari. Dialah yang membawa saya masuk ke dalam industri ini. Jika saya tidak ditakdirka­n bertemu dengannya waktu saya belajar dulu, mungkin saya tidak berada di mana saya berada sekarang ini. Selebriti pertama yang anda solek? Amyza Adnan dan Abby Abadi. Apakah tip solekan yang paling berguna pernah anda terima? Abang Lan pernah beritahu saya, jangan solek orang tebal-tebal. Kalau untuk penggambar­an cukup sekadar memakai penyamar noda untuk melitupi cela, elak menggunaka­n bedak asas yang tebal.

Apakah nasihat kepada jurusolek yang baru berjinak di dunia

solekan? I always welcome new comers. Jadi untuk mereka yang ingin kekal lama dalam industri ini, janganlah cepat berputus asa, jangan takut mencuba. Selalunya mereka ada rasa intimidate­d, membuatkan karya mereka terbatas. Sedangkan mereka sebenarnya punya idea yang segar dan baru, di mana sangat diperlukan dalam industri ini. Bergaullah dengan orang yang betul dan always stay positive!

VV CHAN

Apa yang memberi inspirasi kepada anda untuk menjadi

penggaya rambut? Saya mempunyai minat kepada dunia kreatif dan ingin mencantikk­an orang di sekeliling saya.

Apakah cabaran terbesar kerjaya

anda? Untuk memastikan diri saya tidak ketinggala­n dalam industri ini dan harus belajar dan membuat kajian tentang trend rambut terkini. Pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan setakat ini? Ketika saya terlibat dalam sebuah acara peragaan fesyen (backstage moment). Pengalaman yang paling teruk dalam kerjaya anda sebagai pengaya rambut? Tiada kerana saya suka melakukan kerja saya setiap hari.

Kongsikan tip pengayaan rambut

yang baik? Menggunaka­n produk penjagaan rambut yang bagus dan sesuai dengan rambut anda! Apa yang akan anda lakukan jika anda mempunyai “bad hair day”? Tukar kepada gaya rambut yang baru untuk mengembali­kan mood yang gembira.

KATE DAVIS

Siapa yang memberi inspirasi

untuk anda menjadi model? Kate Moss kerana dia tidak terlalu tinggi seperti saya (ketawa). Jika bukan menjadi peragawati, apakah kerjaya impian anda? Pereka hiasan dalaman. Apakah rutin cantik anda apabila anda punyai tawaran penggambar­an keesokan hari? Saya akan gunakan pupur mata, minyak badan dan no cold drinks and gassy drinks!

Apa yang anda lakukan apabila

anda ‘o duty’? Duduk di rumah, Netflix dan chill dengan baju tidur. Malas nak bersiap untuk keluar, jika tak bersiap nanti, ramai orang menegur ‘eh dalam gambar you nampak lain’.

Apa senaman yang anda lakukan

untuk kekal kurus? Saya akan berlari dan jaga makan. Elak makanan bergoreng dan pedas. Bila makan pedas saya akan makan banyak. Tapi saya juga seorang yang mudah menurunkan berat badan, kalau tiga hari tidak makan nasi berat saya boleh turun tiga kilogram.

Cabaran sepanjang bergelar

model? Menjadi model yang rendah memang satu cabaran buat saya, kerana saya perlu berusaha dua kali ganda dari model biasa. Tapi bila sesuatu tugasan itu dapat saya laksanakan dengan baik, ia satu pencapaian buat saya.

CHANEL Le Gel Paillete RM164 CHANEL Le Volume Ultra-Noir RM132

SCHWARZKOP­F Profession­al Osis+ Session Label Powder Cloud RM65 LANCOME L’absolu Gloss Rosy Plump LANCOME Blush Subtil Brun Roche

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.