POP-LASH

EH (Malaysia) - - JURNAL CANTIK -

VANIZHA

Apa yang menyuntik inspirasi untuk anda menjadi model? Semuanya bermula apabila saya menonton America’s Next Top Model musim pertama, ketika itu saya berumur sembilan tahun. Itulah kali pertama saya melihat Tyra Banks dan terus saya terfikir ‘wow she looks like me, and she’s a model’! Saya agak terkejut kerana saya belajar di sekolah Cina, jadi ramai pelajarpel­ajar lain yang memanggil saya dengan nama yang bukan-bukan kerana rupa saya lain dari mereka. Malah saya jarang lihat orang yang berkulit gelap seperti saya di mana-mana iklan atau rancangan TV di Malaysia. Jika bukan menjadi peragawati, apakah kerjaya impian anda? Chef! Saya gemar memasak. Mungkin punyai rancangan sendiri “Cook with Vanizha”.

Adakah persepsi anda berubah selepas anda berada di dalam

industri ini? Ya. Awalnya saya tidak sangka yang wanita seperti saya punya peluang menjadi model di Malaysia. Tapi saya agak terkejut kerana apabila saya mulai berjinak dalam industri ini, ramai pereka yang sukakan ton kulit saya. Jadi persepsi saya pada penerimaan industri ini akan kulit gelap ternyata berubah.

Apakah cabaran sepanjang

bergelar model? Apabila saya perlu belajar untuk lebih berdikari, mempunyai hati yang kental dan fizikal serta emosi perlu kuat. Kerana saya seorang yang sangat sensitif, jadi untuk berubah memang satu cabaran buat saya. Apakah senaman yang anda lakukan untuk kekal langsing? Saya hanya bersenam di rumah, saya juga menari, jadi setiap minggu saya akan menghadiri kelas tarian kontempora­ri India.

SAHIR SABRI

Terangkan inspirasi gaya yang

dihasilkan ini? Vanizha sendiri adalah inspirasi saya dimana kelopak matanya yang luas membolehka­n saya bereksperi­mentasi. Manakala penggunaan bulu mata yang pelbagai warna pula adalah satu elemen yang saya gemari.

Kongsikan pengalaman anda membesar dengan dunia

solekan? Dari seawal usia 11 tahun lagi saya mula menyukai bidang kecantikan dan sudah mula mengumpul alat solek. Sewaktu di universiti saya sudah mula bereksperi­men dengan mekap bersama rakan-rakan. Dan dari situlah bermulanya kerjaya saya sebagai seorang jurusolek. Jika bukan jurusolek, apakah profesion yang anda idamkan? Saya selalu idamkan bertugas di majalah fesyen, saya mungkin akan menjadi penulis kecantikan atau fesyen. Jika tidak pun mungkin juga jurugambar fesyen kerana itulah yang saya belajar di universiti.

Siapakah idola anda sejak kecil?

Boleh dikatakan semua orang-orang kreatif adalah rujukan saya. Mereka mempunyai signature yang tersendiri. Tetapi secara global saya meminati Pat McGrath, because her idea is always out of the box.

Bila dan dimanakah anda paling

kreatif? Bila saya berada bersama orang-orang kreatif. Dan saya harap tidak keterlalua­n saya ambil Khir Khalid sebagai contoh terbaik.

KAY TUAN

Apa yang memberi inspirasi kepada anda untuk menjadi

pendandan rambut? Saya selalu mempunyai perasaan ingin tahu tentang warna dan gaya rambut. Apabila saya melihat warna pada sesuatu gaya rambut ia sesuatu yang menyeronok­an. Dari situ saya mula belajar dan membuat penyelidik­an tentang penggayaan rambut dan warna.

Apakah cabaran terbesar menjadi seorang penggaya

rambut? Untuk menghasilk­an gaya rambut yang kreatif dan sesuai dengan selebriti. Selain itu masa juga menjadi cabaran kerana perlu menyiapkan rambut dalam masa yang singkat. Pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan setakat ini? Mendandan dalam enam hingga tujuh rambut selebriti untuk acara yang sama. Sememangny­a penat dan mencabar untuk mengekalka­n kualiti kerja.

Pengalaman yang kurang

menyeronok­kan? Saya sebenarnya seronok menjalani kerjaya saya. Jadi, tiada pengalaman yang buruk untuk setakat ini. Boleh terangkan gaya rambut anda untuk penggambar­an ini? Ringkas dan tidak terlalu berlebihan atau sarat. Kerana solekan yang dihasilkan sudah cukup menyerlah.

LANCOME Teint Idole Ultra Wear RM184.20

JOICO Beach Shake RM70

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.