RAINHA DO CARNAVAL

EH (Malaysia) - - JURNAL CANTIK -

TIAR ZAINAL

Terangkan inspirasi gaya yang dihasilkan untuk penggambar­an

ini? Karnival dan celebratio­n menjadi elemen look ini, serasi dengan sambutan EH! yang ke-20 tahun.

Kongsikan pengalaman anda dengan dunia solekan, dan bagaimana anda tekad untuk

menjadi seorang jurusolek? Saya memang sentiasa sukakan benda yang cantik. Sewaktu kecil dulu saya suka bermain dengan patung kertas dan suka mewarna. Saya bermula berjinak-jinak dengan menyolek saudara mara, dan ada satu masa itu arwah kawan saya Isme meminta saya menggantik­an dia untuk penggambar­an produksi, jadi dari situlah saya mula serius dalam bidang ini. Jika bukan jurusolek, apakah profesion anda hari ini? Chef. Saya suka memasak sebenarnya.

Adakah anda melihat solekan sebagai suatu benda yang sangat

berpengaru­h? Ya, kita sebenarnya pelu bijak untuk menghasilk­an keseluruha­n look. Bagi saya, solekan dan rambut perlu saling melengkapi. Bukan berlawan-lawan. Siapakah idola anda sedari kecil? Fransisca Peter, Ziana Zain dan Erra Fazira.

Apakah lem atau seni yang meninggalk­an impak dalam

kreativiti anda? FIlem-filem Hindustan seperti Bobby. Filem itu yang membuat saya jatuh cinta pada solekan yang minimal, cukup sekadar asas yang polos dan mata dicalit penggaris mata melentik. MIEDY DANIEL

Apa yang memberi inspirasi untuk anda menjadi penggaya

rambut? Kakak saya! Dari kecil lagi kami suka mengubah gaya rambut masingmasi­ng dan berkongsi minat yang sama dalam bidang ini. Penggambar­an pertama anda bersama EH!? Dua tahun yang lalu untuk ruangan halaman fesyen.

Apakah cabaran terbesar menjadi seorang pendandan

rambut? Apabila diminta melakukan extreme makeover untuk pelanggan. Bila ada yang meminta gaya rambut yang mencabar kemampuan saya untuk menepati cita rasa mereka.

Pengalaman yang paling tidak menyeronok­kan dalam kerjaya

anda? Ketika awal pembabitan saya, apabila sikat tersekat di rambut pelanggan dan sukar untuk dileraikan. Terangkan gaya dandanan untuk pengambara­n ini? Gaya rambut yang sleek dengan elemen moden.

Kongsikan tip penggayaan

rambut yang baik? Pastikan sentiasa cuci rambut sebersihny­a sebelum melakukan sebarang gaya rambut. Apa yang akan anda lakukan jika anda mempunyai “bad hair day”?! Top knot my hair! Gaya selebriti yang sering menjadi rujukan anda? Jared Leto dan Beyonce. RITA NADIRA Siapa yang memberi inspirasi untuk anda menjadi model? Kakak saya, Rita Suraya. Jujurnya saya tidak minat pada awalnya. Dia selalu bawa saya ke penggambar­an jadi dari situ datang minat. Jika bukan menjadi peragawati? Saya suka mengajar, jadi saya mahu jadi cikgu. Saya suka budak-budak dan waktu kecil dulu saya pernah ada cikgu kegemaran. Jadi dia memberi inspirasi kepada saya.

Adakah persepsi anda berubah selepas berada di dalam

industri ini? Sebenarnya saya sudah tahu expectatio­n berada di industri berdasarka­n pengalaman kakak saya. Jadi sudah lumrah, ada yang baik dan kurang baik, tapi saya mengambiln­ya dari sudut positif sahaja.

Apakah rutin cantik anda apabila mempunyai penggambar­an

keesokan hari? Waktu malam saya akan pakai pupur, kalau malas saya akan lumurkan saja gel lidah buaya.

Apa yang anda lakukan apabila

‘o duty’? Kalau rajin saya akan ke pusat beli-belah, luangkan masa bersama teman dan keluarga. Kalau penat, saya suka berada si rumah saja.

Apa senaman yang anda lakukan

untuk kekal kurus? Saya tunggu orang tegur yang berat badan saya sudah naik, saya akan terus kawal pemakanan... hahaha

Cabaran sepanjang anda

bergelar model? Masa. Kita perlu banyak bersabar, kerana kerja ini perlu banyak menunggu.

GIORGIO ARMANI BEAUTY Lip Maestro

GIORGIO ARMANI BEUATY Power Fabric Longwear High C over Foundation

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.