20 FOUR CARAT

EH (Malaysia) - - JURNAL CANTIK -

HIDAYAH BAHARUDIN

Apa yang memberi inspirasi untuk anda menjadi model? Saya tidak punyai exposure tentang

modelling, selalunya apa yang saya lihat di televisyen sahaja. Jadi apabila saya lihat Naomi Campbell saya terus jadikan dia idola saya. Malah ketika saya ingin belajar cara berposing, saya akan Google saja Naomi Campbell!

Adakah persepsi anda pada industri peragaan ini berubah selepas anda terlibat di dalam

industri ini? Ya, sebelum saya berada di dalam bidang ini saya ingatkan model dan selebriti semuanya hidup mewah dan glamor. Tapi sebenarnya itu semua bergantung kepada cara pembawaan diri sendiri, pakai baju bundle pun kalau kena gayanya akan tampak mahal juga. Apakah rutin cantik anda apabila punya tawaran peragaan/ penggambar­an keesokan hari? Saya jarang jaga kulit. Bila muncul jerawat barulah saya kelam kabut untuk merawat kulit! Saya hanya lakukan yang asas saja.

Apa senaman yang anda lakukan

untuk kekal kurus? Jujurnya, saya memang malas untuk bersenam. Jadi opsyen saya adalah dengan jaga pemakanan. Kadang-kadang saya terus skip makan. Malah saya bukanlah seorang yang suka makan, terutama sekali nasi. Mungkin kerana sudah biasa, waktu kecil jarang dapat makan nasi kerana keluarga saya pun bukanlah orang senang.

Cabaran sepanjang menjadi

model? Saya seorang yang kurang berkeyakin­an, terutama sekali apabila berada di pentas. Saya masih gemuruh untuk berjalan di atas pentas namun saya rasa itu adalah satu cabaran yang sihat. Apabila saya nervous saya akan menjadi lebih fokus dengan langkah saya.

EMMY AGUNG

Terangkan inspirasi gaya yang dihasilkan ini? Untuk 20 tahun emas EH! di dalam industri seni. Siapakah idola anda sedari kecil? Madonna. Dari personalit­inya hingga ke muzik, saya adore semuanya.

Apakah lem atau seni yang punyai impak dalam kreativiti

anda? Kesenian Ottoman, Byzantine, Jepun, India dan Melayu semuanya mampu memberi inspirasi. I just love art so much!

Apakah penggambar­an yang paling diingati sepanjang

kerjaya? Dapat menyolek Ameera Khan menggunaka­n Chanel untuk kulit majalah EH! September 2017.

Penggambar­an yang paling anda

gemar bersama EH! Sukar untuk saya pilih, tetapi saya cukup seronok apabila dapat berkerja bersama rakanrakan serta ikon yang disegani dalam bidang seni seperti Datuk Rizalman Ibrahim dan Khir Khalid untuk kulit majalah EH! April 2018.

Dan apakah pesanan untuk

jurusolek baru? You must have a really strong passion for this.

CODY CHUA

Apa yang memberi inspirasi kepada anda untuk menjadi

pengaya rambut? Ikon fesyen Naomi Campbell! Dia sentiasa memberi inspirasi kepada saya untuk terlibat dalam industri fesyen.

Pengambara­n pertama anda

bersama EH!? Empat tahun lalu bersama penulis kanan kecantikan EH! untuk ruangan “Ubah Gaya”. Pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan sepanjang bergelar penggaya rambut? Dapat berjumpa dengan ramai orang dari bidang yang berlainan.

Pengalaman paling teruk pula?

Terpaksa berhadapan dengan pelanggan yang mempunyai banyak ragam dan bad attitude. Boleh terangkan gaya rambut anda untuk pengambara­n ini? Girl power & details.

Kongsikan tip pengayaan

rambut yang baik? Penting untuk sentiasa pastikan dan jaga kulit kepala agar bersih dan segar. Siapakah selebriti yang sering menjadi rujukan anda? @tessamaeth­ompson @aum_patchrapa @gamwichaya­nee

CHANEL Duo Bronze Et Lumieres CHANEL Rouge Obscur Allure Velvet Extreme RM138

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.