BASIC

EH (Malaysia) - - JURNAL CANTIK -

BIBIAN LEONG

Apa yang memberi inspirasi kepada anda untuk menjadi

penggaya rambut? Sewaktu kecil dulu saya selalu bermain anak patung Barbie bersama ibu. Saya selalu menggayaka­n pelbagai gaya rambut untuk patung Barbie. Itu membuatkan saya tertarik dengan dunia dandanan rambut dan mahu menjadikan­nya sebagai satu kerjaya.

Pengambara­n pertama anda

bersama EH!? Saya tidak ingat bila tetapi ketika itu saya menjadi penolong kepada bekas majikan saya untuk penggambar­an muka depan majalah EH!.

Apakah cabaran terbesar

kerjaya anda? Saya pernah datang ke penggambar­an tanpa menyedari pengering rambut yang saya bawa rosak. Dari saat itu saya akan selalu pastikan ada dua pengering rambut dalam beg saya.

Pengalaman yang paling tidak

dapat dilupakan? Dapat bertemu dengan “The Phoenix” kumpulan muzik kesukaan saya. Ketika itu saya sedang mendandan rambut penyanyi Dua Lipa.

Pengalaman paling tidak

menyeronok­an pula? Bagi saya pegalaman buruk itu semua orang akan lalui, cara mengatasin­ya yang akan membuatkan ia berbeza. Boleh terangkan gaya rambut anda untuk pengambara­n ini? Ying dan Yang.

SYED FAIZAL

Terangkan inspirasi gaya yang

dihasilkan ini? Saya mengambil inspirasi dari 3D Beauty Shot. Dengan hanya menggunaka­n dua ton rona primer iaitu hitam dan putih untuk menghasilk­an efek dua personalit­i dari dimensi yang tertentu. Jika bukan jurusolek, apakah profesion yang anda idamkan? Seorang pensyarah, I love teaching dan mekap disebabkan itu saya selalu menganjurk­an kelas-kelas solekan.

Siapakah idol anda sedari kecil?

Biduanita negara, Allahyarha­m Puan Sri Saloma. Saya sukakan penampilan­nya yang sentiasa bersiap sempurna, dari solekan, dandanan, pakaian from head to toe memang on point! Adakah anda melihat solekan ini sebagai satu benda yang cukup berpengaru­h? Ya! Ia mampu memberikan keyakinan kepada seseorang. Apakah tip solekan yang paling berguna pernah anda terima? Sentiasa melukis kening di akhir solekan, kerana lukisan kening seakan memberi kemasan akhir pada keseluruha­n mekap. Kata nasihat untuk jurusolek baru? Never stop learning dan yang paling penting jangan hanya berangan!

SHIKIN GOMEZ

Siapa yang memberi inspirasi untuk anda menjadi model? Pada mulanya, Cindy Crawford dan

Naomi Campbell. I’ve always loved how graceful Cindy is, and how passionate Naomi is apabila mereka berjalan di pentas peragaan dan menjadi model kulit majalah di serata dunia. Kemudian saya sedari bahawa saya sebenarnya terkesan dengan keunikan mereka berdua. Jadi dari situ saya ingin menjadi unik dengan diri saya sendiri.

Adakah persepsi anda pada industri peragaan berubah selepas berada di dalam industri

ini? Semestinya! Menjadikan model sebagai kerjaya tidaklah seglamor dan semudah yang orang sangkakan. Saya pernah membayangk­an menjadi model ini seperti yang saya tonton di televisyen. Ternyata saya salah, industri ini memerlukan passion dan dedikasi untuk menjadi seorang model yang berjaya.

Cabaran sepanjang anda

menjadi model? To be relatable. Dan pada masa yang sama perlu sentiasa rendah diri apatah lagi jika lebih dikenali dan menjadi seorang role model buat anak muda yang mengenali saya.

Apa yang anda lakukan apabila

‘o duty’? Saya akan memulakan hari saya agak lewat tanpa rasa bersalah, kemudian minum kopi dan menonton rancangan kegemaran saya! Apa senaman yang anda lakukan untuk kekal kurus? Saya melakukan intermitte­n fasting dan rutin senaman pabila di rumah.

GIORGIO ARMANI BEAUTY Crema Nera Extrema Acqua Pantelleri­a Essence

GIORGIO ARMANI BEAUTY Crema Nera Extrema Supreme Reviving Cream

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.