EH! SEPINTAS

EH (Malaysia) - - CONTENTS - Khairul Abidin PENGARANG [email protected]

Dua dekad sudah EH! di pasaran. Mula diperkenal­kan pada 16 Oktober 1999, siapa sangka majalah yang tidak sampai 100 muka surat ketika itu (harganya RM4.50), hari ini masih utuh dan menjadi antara majalah lokal yang dinanti saban bulan. Bukan sahaja naskhahnya masih dibawa ke kaunter, dibayar dan dibawa pulang pembaca, EH! juga menjadi pilihan pengiklan (rataratany­a jenama antarabang­sa). Saya tak nafikan bahawa orang di luar sana lebih senang melihat atau membaca apa yang diperoleh secara digital (percuma, mengapa mahu keluar duit) dan pengiklan pula ada yang mengubah strategi dan haluan pemasarann­ya, EH! edisi cetak masih diteruskan kerana masih ramai yang senang membelek dan menyimpann­ya sebagai koleksi. Saya seronok, juga bangga pabila diberi peluang meneruskan kerja-kerja editorial untuk edisi cetak dan dalam masa sama menggilap kemahiran menerbitka­n kandungan dalam bentuk digital, video misalnya. Malah bangga apabila kemahiran kami merakam dan menyunting video menjadi bonus bila mana seringkali menjadi markah bonus mengapa EH! sering dipilih diundang ke pelbagai majlis di seluruh dunia selain faktor pengikut media sosial yang cukup tinggi.

Di saat ramai berpendapa­t apa yang disajikan secara digital (online) lebih pantas dan mudah diakses, namun yang kurangnya jangka hayat atau tumpuannya lebih singkat (shorter shelf life). Jadi, di situlah edisi cetak perlu mencuri peluang dengan menghasilk­an gambar yang lebih menarik, yang membuat orang mahu beli dan simpan, artikelnya juga mesti menarik dan eksklusif. Jadi itulah yang cuba kami sampaikan menerusi edisi istimewa ini. Kami merakam lebih 70 figura berpengaru­h dalam indusri fesyen, kecantikan dan hiburan tanah air. Kami mahu sesiapa yang memiliki edisi ini berasa seronok bila menyelak setiap halaman, dan dalam masa lima atau 10 tahun akan datang rasa teruja itu tetap ada. Sama seperti apa yang saya rasa bila memunggah kembali majalahmaj­alah lama, menyelongk­ar foto-foto lama sepanjang saya bekerja di EH!. Terlalu banyak kenangan saya di sini, saya bersama EH! sewaktu EH! meraikan ulang tahun ke-10, ke-15 dan kini yang ke-20. Saya bermula di EH! sewaktu dunia portal begitu asing di kalangan orang kita sampailah ke hari ini yang mana semuanya di hujung jari. Teman saya berkata saya terlalu selesa (saya juga rasa begitu), tapi hari-hari saya di EH! tidak sama, saban hari ada saja perkara baru saya belajar, ilmu dan skil baru saya timba, dan sering saja ada orang baru saya temui.

Saya ingin mengucapka­n selamat ulang tahun ke-20 buat EH! yang saya anggap sebagai sebuah ‘institusi’ yang banyak mendidik saya menerusi pengalaman yang dikumpul sepanjang menulis di sini, yang menjadikan siapa saya hari ini. Sebagaiman­a istimewany­a EH! di hati saya, begitu jugalah harap di mata kalian pembaca semua.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.