JURNAL CANTIK Colours of EH!

EH (Malaysia) - - CONTENTS -

SINONIMNYA LEMBARAN CANTIK DISEMPURNA­KAN PENGGAYA RAMBUT DAN MODEL, GABUNGAN YANG TEPAT UNTUK ULANG TAHUN EH! YANG KE 20 INI, SEKALI LAGI EH!

BERKARYA DENGAN MAINAN RONA YANG TIADA HADNYA.

DENGAN BARISAN ‘THE PROFESSION­ALS’. DARI JURUSOLEK, MENGHASILK­AN SATU KARYA YANG UNIK DAN BERSENI.KHAS

MEMBUKA PELUANG KEPADA BARISAN PROFESIONA­L INI ONLY SKY IS THE LIMIT!

CKAY LIOW

Apa yang memberi inspirasi kepada anda untuk menjadi

penggaya rambut? Untuk mengubah persepsi manusia tentang rambut yang cantik, bersifat klasik dan moden. Ia tidak perlu berlebihan untuk mencapai gaya rambut yang cantik. Apakah cabaran terbesar menjadi seorang penggaya rambut? Underpaid. Ramai yang menyangka tugas penggaya rambut ini mudah.

Pengalaman yang tidak dapat dilupakan dalam kerjaya anda

setakat ini? Apabila berpeluang berkunjung ke seluruh dunia dengan pelanggan saya. Saya rindu Paris!

Pengalaman yang paling teruk

pula? Apabila dimarahi, pernah ada pelanggan saya mengeluark­an ‘F word’! Boleh terangkan gaya rambut anda untuk penggambar­an ini? Sleek hair. Bagi saya dandanan rambut ini tidak pernah salah untuk digayakan. Baik untuk lelaki ataupun perempuan. It’s universal!

KHIR KHALID

Kongsikan inspirasi gaya yang

dihasilkan ini? Apabila EH! sekali lagi memberi kepercayaa­n untuk saya berkarya, malah berkolabor­asi bersama jenama kegemaran saya (NARS), terus saya terbayangk­an kempen Marc Jacobs x Nars. Ia simbolik untuk less

is more, solekannya minimal namun cukup memberi impak dengan hanya menggunaka­n model lelaki digandingk­an bersama gincu merah.

Siapakah idola anda sedari

kecil? Datuk Rizalman Ibrahim. Kerana dialah saya berada di mana saya berada sekarang. Terlalu banyak yang saya pelajari darinya, apa yang saya patut lakukan dan apa yang tidak, he’s a friend, a mentor and absolutely my idol.

Apakah lem yang punya impak

dalam kreativiti anda? Filem Gia, lakonan Angelina Jolie. Saya cukup gemarkan filem ini kerana dari segi mekap, wardrobe, penataan seni dan semuanya dalam filem ini memberikan satu pakej yang sempurna. Saya terkesan saat menontonny­a ketika saya berumur 20-an.

Penggambar­an yang paling

diingati bersama EH! Sudah tentu ketika penggambar­an untuk lembar cantik EH! isu ke-200. Apabila look yang saya hasilkan bersama Ckay Liow pada Scha Alyahya akhirnya dijadikan cover. Bagi saya itu adalah satu kebanggaan. Saya cukup berterima kasih kepada EH!

Apakah pesanan kepada

jurusolek yang baru? Pertama sekali, tanya pada diri sendiri jurusolek yang bagaimana anda ingin jadi? Rata-rata yang ada sekarang adalah pengusaha mekap, bukan jurusolek yang genuine seperti ‘the OG’ yang terdahulu. Setiap jurusolek punyai karakter yang berbeza jadi anda perlulah bijak untuk meletakkan anda di mana. Dan penting untuk anda bergaul dengan orang yang betul.

MALEK MCCRONE

Siapa yang memberi inspirasi

untuk anda menjadi model? Saya tidak pernah terfikir untuk menjadi model. Tapi rakan-rakan saya ramai menyuruh saya mencuba, kata mereka I got the look to be a model. Jika bukan menjadi model, apakah profesion impian anda? Saya masih ingin menjadi pelumba basikal negara.

Apakah ‘highlight’ sepanjang

karier anda? Lebih kepada waktu saya bermula sebenarnya. Selepas pulang ke Malaysia dari Australia, saya fikir ingin meneruskan pelajaran tetapi bapa saya mencadangk­an untuk saya berdikari di Kanada. Jadi dia dapatkan saya tiket sehala ke Kanada dengan wang tunai sebanyak RM1 ribu. Jadi saya tinggal di Travelodge dan melakukan kerja-kerja buruh. Saya pernah cedera di bahagian belakang. Agak sukar hidup di sana pada awalnya tapi dari situlah saya belajar kehidupan sebenar. Kemudian saya pulang semula ke Malaysia saya terus meneruskan kerjaya model saya. It was the best decision in my life.

Apa yang anda lakukan apabila

‘o duty’? Setiap kali cuti saya akan duduk rumah, menonton filem, minum kopi dan biarkan hari berlalu dengan slow motion (ketawa).

Penggambar­an yang paling

memorable? Apabila saya menjadi Freddie Mercurie dalam Glam Lelaki.

Apa senaman yang anda lakukan

untuk kekal t? Saya akan jaga makan dan bersenam sepanjang minggu kemudian saya akan simpan satu hari untuk cheat day.

Cabaran terbesar anda menjadi

model? Saya tidak dapat makan nasi lemak. Saya perlu jaga pemakanan, sukar untuk saya kerana I am a foodie.

NARS Punjab Natural Radiant Longwear Cushion Foundation NARS Lipstick in Bad Reputation

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.