EMMA MAEMBONG

27, PELAKON

EH (Malaysia) - - YANG HANGAT -

“Pabila berhadapan kontrovers­i saya lebih senang mendiamkan diri. Bagi saya, sama ada artis atau tidak, dalam hidup kita sendiri memang akan sentiasa ada orang yang kurang berasa senang, bukan semua orang mahu melihat kita berjaya. Usah bebankan kepala dengan memikirkan hal yang takkan membawa kita ke hadapan. Ya, sebagai manusia kita memang melakukan kesilapan, saya sendiri banyak salahnya tapi yang penting bagi saya ialah belajar dari kesilapan dan terus bergerak ke depan. Kelemahan itu banyak, kita tak boleh lari kerana kita manusia, tak sempurna. Saya cuba perbaiki satu persatu.”

Di sebalik kejayaanny­a hari ini, kata Emma dia banyak terhutang budi dengan keluargany­a. “Keluarga terutama ayah dan ibu adalah sumber kekuatan saya. Bagi saya disebabkan mereka saya boleh berjaya dan sebab mereka juga saya boleh jatuh. Tanpa dorongan mereka takkan ada Emma Maembong. Begitu juga dengan kelab peminat, mereka yang banyak menjadi faktor kejayaan saya hari ini.”

SOLEKAN TIAR ZAINAL DANDANAN DAVID SHAW BAJU PERINCIAN & JUMPSUIT MANIK INNAI RED

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.