WANY HASRITA

26, PENYANYI

EH (Malaysia) - - YANG HANGAT -

“Setiap insan yang bergelar anak seni itu pastinya sudah sedia maklum mereka bakal berhadapan dengan banyak cabaran. Semenjak berada dalam industri, menjadi seorang yang dikenali bukan mudah kerana setiap tingkah laku diperhatik­an. Oleh itu Wany sentiasa kuatkan diri untuk berdepan dengan cabaran industri seni. Kalau tidak kuat, maka akan timbul berbagaiba­gai masalah. Jadi kematangan dalam menyelesai­kan masalah perlu ada dan itulah pelajaran yang Wany belajar sejak melangkah ke gelanggang seni. Dan orang di luar adakalanya mempunyai tanggapan salah terhadap kehidupan selebriti, adakalanya mereka lihat artis hidup senang dan mewah, bergembira tapi kadang ada yang terlupa kami sebagai artis juga perlu bekerja keras untuk menyara keluarga. Dan hasil kerja keras pagi siang dan malam itulah yang kami kumpul untuk masa hadapan. Dan untuk terus kekal berada dalam industri seni juga bukan mudah, ramai pelapis baru muncul. Jadi kita usaha untuk bekerja lebih kuat demi masa depan. Apa yang ada sekarang ini adalah rezeki daripada Allah.”

Pelantun ‘Menahan Rindu’ ini juga berkongsi pandangan bagaimana dia memenuhi antara kehendak peminat juga kemahuan diri sendiri. Baginya sebagai manusia adalah mustahil untuk dia memuaskan hati semua orang. “Kemahuan peminat akan cuba Wany penuhi selagi ia tidak melampaui batas. Mana kehendak yang berasas kita cuba tunaikan, mana yang baik kita ambil secara positif. Rata-rata peminat juga banyak mendoakan kejayaan Wany.”

SOLEKAN EMMY AGUNG SUIT WAN & MARY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.