SYAFIQ KYLE

27, PELAKON

EH (Malaysia) - - YANG HANGAT -

Sejak memenangi tempat kedua dalam pencarian ‘Hero Remaja’ sekitar tahun 2011, pemilik nama Mohd Syafiq Shamim bin Abdul Razak ini mula aktif membintang­i pelbagai drama. Walaupun bermula dengan watak kecil namun ia dilihat sebagai satu ruang untuknya memperkaya­kan diri dengan ilmu lakonan. Siapa sangka selepas beberapa tahun mengorak langkah, nama Syafiq Kyle mula bersinar sejak dua tiga tahun kebelakang­an ini, tambah pula gandingann­ya bersama Amyra Rosli menerusi siri Nur tahun lalu mencipta fenomena tersendiri. Bagi Syafiq, dia mendefinis­kan satu-satu kejayaan itu pabila dia berjaya menyampaik­an sesuatu mesej kepada penonton. “Bagi saya bila satu-satu mesej itu sampai tepat ke hati penonton dan mereka memahami apa yang cuba kita sampaikan, itulah tanda kejayaan dan membuatkan saya bersyukur. Dan jika ada yang bertanya apa yang saya cari dalam hidup ini, kebahagian keluarga dan restu ibu menjadi perkara utama. Selain itu penting untuk menghargai apa tiap kurniaan dan nikmat yang saya peroleh di dunia ini dan dalam masa yang sama mencari redha Tuhan.” Apabila ditanyakan pula tentang kelemahan diri yang ingin terus diperbaiki, jawapan Syafiq cukup singkat. “Terlalu banyak kelemahan dalam diri saya, dan apa kelemahan itu biarlah saya sahaja yang tahu.”

SOLEKAN EMMY AGUNG DANDANAN FENDI SANI SUIT S BAHAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.