SITI SALEHA

29, PELAKON

EH (Malaysia) - - YANG HANGAT -

“Pada saya untuk bertahan di dalam industri kita kena lihat kembali pada asasnya yakni memahami tentang industri itu sendiri. Sama ada TV, lem atau endorsemen­t, saya percaya akan sentiasa ada peluang untuk semua. Bangun dan cari peluang itu. Percaya pada diri sendiri, dan penting untuk yakin dengan kemampuan diri dan dalam masa yang sama jadi diri sendiri dan merendah diri. Saya sentiasa mencabar kemampuan diri, mencuba watak yang berbeza supaya excitement bekerja itu ada. I enjoy doing something I’ve never done before. Dan jika ada yang bertanya bagaimana saya measure kejayaan, ia sangat subjektif. Saya mengukur kejayaan berdasarka­n apa yang saya cari dalam hidup dan apa usaha saya merealisas­ikannya. Secara peribadiny­a kejayaan itu bukan hanya dinilai dari jumlah wang yang ada dalam akaun atau jenis kereta yang kita pandu. Kita harus nilai sama ada yang kita capai tahun ini lebih baik dari sebelumnya atau tidak, baik dari segi karier, kesihatan mental, perhubunga­n dan komunikasi. Semakin kita dewasa, apa yang kita mahu dalam hidup juga berubah.”

SOLEKAN SHIYO JOO DANDANAN CKAY LIOW GAUN NET BERPERINCI­AN BULU KHOON HOOI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.