ALICIA AMIN

EH (Malaysia) - - SIAPA DIA -

“Saya suka tengok siri yang bodoh-bodoh macam Vampire Diaries,” pendek balasan top five Model of the Year di Anugerah Stail EH! 2019 ini saat saya bertanyaka­n apakah guilty pleasure nya. Alicia Amin, selain aktif dalam bidang peragaan dia juga rancak berlakon. Sudah ada beberapa naskhah lakonannya jadi tontonan umum. Hujung tahun ini dia akan muncul dalam siri di Iflix. Filem ‘Ibu’ lakonannya bersama produksi Singapura bakal menjengah pawagam. Tahun hadapan pada bulan Mac satu lagi filem akan menyusul. “Saya idamkan watak seperti Angelina Jolie dan Winona Ryder dalam filem Girl Interrupte­d,” balas Alicia saat saya tanyakan jenis filem kegemarann­ya.

“Alicia ni sebenarnya orang macam mana? Apa karakter diri you?” “Saya seorang yang sangat driven, jika ada sesuatu yang saya mahukan saya akan usaha dan dapatkan. Saya takkan tunggu. Saya juga sangat passionate tentang sesuatu yang saya suka, kalau saya tak suka pun saya takkan suka sepenuhnya,” dia ketawa. “Saya juga seorang yang sangat bertoleran­si, saya boleh terima sesiapa sahaja.” “Tapi apa misconcept­ion orang tentang diri you?” “Orang selalu sangka saya ni seorang yang hardcore, yang b **** y. Tapi hakikatnya you sendiri pun tahu, saya seorang yang sangat sempoi.” Bila ditanya tentang mantra hidupnya, kata Alicia setiap perkara yang dia lakukan mestilah dilaksanak­an dengan bersungguh-sungguh. “Berani buat, berani tanggung. Jika buat silap, own it dan perbaiki kesalahan itu.”

“Orang memang tahu saya seorang yang sangat loud, yang berani menyuaraka­n pendapat. Ya, saya begitu. Saya seorang yang fikir kalau ada sesuatu yang perlu disuarakan saya akan cakap, saya bukan jenis orang yang suka simpansimp­an. Dalam masa yang sama juga saya terima bila ada yang mengkritik dan tidak sependapat dengan saya, bagi saya semua orang berhak untuk suarakan pandangan. Kalau ada yang tak suka dengan pendapat saya, cakap saja. Saya okey. Saya seorang yang sangat straightfo­rward. Saya seorang yang jelas dengan apa yang saya mahukan. End of the day saya happy, dan orang lain pun happy dengan pendapat mereka, itu sahaja.”

“Tugas sebagai model tak senang. Orang hanya nampak benda yang indah-indah saja, mereka fikir jadi model sudah cukup glamor. Sebagai model kita sebenarnya adalah kanvas kepada klien, kita tidak ada hak untuk bersuara atau berkongsi pendapat dari sudut kreativiti khususnya. Jika mekap atau rambut buruk sekalipun, we have to make it work. Kita tidak berada di satu posisi yang membolehka­n pendapat kita didengar. Dan sebagai model kita kena selalu sabar kerana adakalanya waktu penggambar­an akan berlanjuta­n.” “Apa yang Alicia belajar dari dunia peragaan?” “I have learned untuk tidur di manamana, atau duduk di mana-mana,” dia ketawa. “Perlu tahu bagaimana untuk kekalkan tenaga sewaktu bekerja.” “Siapa model yang you suka?”

“I love Freja Beha. Dia tu gangster. Apa yang agensi dia cakap jangan buat itulah yang dia buat.”

“What is your modelling goals?” “Hajat saya mahu mencuba nasib di Eropah atau Amerika. Tapi buat masa ini, selain modelling saya juga fokus kepada dunia lakonan. Sudah beberapa projek menanti, jadi kekangan masa dan komitmen lain menjadi penyebab mengapa ia belum boleh dilaksanak­an.” “Bagaimana pula dengan your life goals?” “Saya nak pastikan saya punya cukup wang untuk membantu ibu dan ayah. Walaupun saya anak perempuan saya rasa saya ada tanggungja­wab untuk membantu keluarga termasukla­h empat adik lelaki saya. Saya juga mahu kayakan diri dengan bermacamma­cam pengalaman. I wanna taste everything in the world,” jelasnya yang pernah menyambung pengajian di RMIT, Melbourne dalam jurusan Psychology & Social Works.

Saya masih ingat lagi, dalam satu penggambar­an beberapa bulan lalu, Alicia ada bercerita fasal dirinya berhadapan dengan depresi, berulang alik bertemu psikiatri. “Saya rasa isu kesihatan mental tu penting. Setiap orang perlu tahu kondisi diri mereka. It’s normal jika kita berasa upset, tapi andai keadaannya melarat kita perlu dapatkan bantuan. Jika stres tu buat you tak nak pergi kerja, tak nak keluar rumah, cepat-cepat dapatkan pertolonga­n. Tak semestinya kena jumpa psikiatri, mungkin mulakan dengan bercerita dengan kawan atau keluarga.”

“Bagaimana Alicia mahu diingati?” “I wanna be remembered sebagai seorang yang sentiasa stay true to myself. Seorang yang tidak takut untuk break the boundaries.”

Jaket & seluar LOEWE Sniker ROGER VIVIER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.