LEE SEUNG-GI LIVE DI KUALA LUMPUR

EH (Malaysia) - - YANG HANGAT -

Bintang terkenal Korea ini bakal membawa fanmeeting tour ‘Vagabond Voyage’ di Kuala Lumpur pada 30 November nanti. Bertempat di Menara PGRM, Star Convention Centre, jelajah ini juga bakal meraikan debut ulang tahun ke-15 penyanyi ini dalam industri hiburan. Kunjungan ke Kuala Lumpur merupakan kali kedua buat penyanyi 32 tahun ini yang mana kali terakhir dia menjejak kaki ke sini adalah tujuh tahun lalu. Tiket boleh didapati di ejen tiket serantau AirAsia RedTix pada harga RM298 (CAT 3), RM398 (CAT 2), RM498 (CAT 1) dan RM598 (VIP).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.