AMOREPACIF­IC MALAYSIA LANCAR ‘MAKEUP YOUR LIFE’!

EH (Malaysia) - - BERITA CANTIK -

Syarikat kosmetik terkenal Korea, Amorepacif­ic Malaysia melancarka­n acara ‘Makeup Your Life’ buat pertama kalinya di Malaysia. Kolaborasi Amorepacif­ic Malaysia bersama Breast Cancer Foundation ini bertujuan untuk membantu para pesakit kanser bagi mengembali­kan semangat dan keyakinan diri mereka untuk mengharung­i kehidupan harian dengan lebih baik. Terbahagi kepada tiga segmen iaitu bengkel solekan dan cara penjagaan kulit wajah, kelas masakan serta kelas tutorial pemakaian hijab bersama Stailoz. Paling menarik kesemua peserta menerima ‘Makeup You Life’ goodies bag yang bernilai RM700 yang mengandung­i barangan solekan dan penjagaan kulit jenama Innisfree, Laneige, Mamonde dan Etude House.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.