CERITA CANTIK ISHA

EH (Malaysia) - - BERITA CANTIK -

Maksud cantik bagi anda?

Cantik itu bukan hanya pada paras rupa tetapi cantik sebenarnya datang dari dalam diri kita (inner beauty). Pergaulan dan cara komunikasi dengan orang sekeliling kita, itulah cantik.

Ikon cantik anda?

Naomi Campbell.

Bagaimana anda menjaga kulit wajah?

Saya seorang yang sangat ringkas. Saya hanya mencuci wajah, kemudian memakai krim pelembap. Saya lakukan rutin yang sama siang dan malam. Jika ada penggambar­an atau acara yang perlu dihadiri, baru saya akan memakai pupur wajah pada malam sebelum acara.

Boleh kongsikan tip turun temurun yang dipelajari?

Sapukan ubat gigi perasa asli pada jerawat waktu malam. Ia dapat mengecutka­n jerawat. Selain itu jika muka nampak penat bancuh uncang teh lipton dan rendamkan sekejap, kemudian ambil serbuk teh tersebut dan sapukan pada keseluruha­n wajah selama 15 ke 20 minit. Wajah akan kelihatan segar.

Tiga alat solek yang sentiasa anda bawa?

Maskara, beauty blender dan bedak kompak.

Ketika bersolek bahagian wajah mana yang anda sering beri lebih tumpuan?

Kening. Saya akan mengambil masa satu jam untuk melukis kening supaya nampak sharp dan sempurna.

Bagaimana dengan penjagaan rambut pula?

Saya banyak memberikan perhatian pada penjagaan rambut berbanding wajah. Seminggu sekali saya akan lakukan rawatan kulit kepala sendiri di rumah. Saya juga akan memakai pupur khas untuk rambut.

anda mengamalka­n sebarang senaman?

Sejujurnya saya hanya lakukan bila perlu sahaja. Jika saya ada event atau penggambar­an yang perlu saya hadiri baru saya pergi ke gim.

Playlist ketika bersolek?

Saya suka mendengar lagu-lagu Yuna (Foremore), MK Clique (Haa Tepok) dan Traag (Bizzey).

GIORGIO ARMANI BEAUTY My Armani To Go Cushion Foundation RM280

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.