BINGKISAN IKONIK!

EH (Malaysia) - - NOTA CANTIK -

Tahun 2019 hampir menuju ke penghujung dan kini tiba masa untuk meraikan insan-insan tersayang ataupun diri sendiri dengan haruman ikonik Chanel No 5. Tahun ini Chanel sudah siap-siap datangkan dalam set istimewa. Pilih sahaja!

Untuk yang sentiasa sibuk dan mahu siap sedia dengan haruman dalam tas tangan, dan ada satu sebagai semburan utama di rumah, inilah pilihan bijak. SET BINGKISAN + MINI TWIST AND SPRAY N°5 EAU DE PARFUM, N°5 L’EAU, RM750

N°5 EAU DE PARFUM MINI TWIST AND SPRAY, N°5 L’EAU, RM360 Dibotolkan dalam bekas seperti gincu (7ml), anda hanya perlu pusing dan sembur sahaja. Tidak punya penutup, edisi ini yang perlu ada dalam poket atau beg tangan semua wanita elegan. N°5 Eau de Parfum bekasnya dalam warna hitam dengan garisan emas dan N°5 L’EAU pula berwarna putih dengan garisan hitam. Klasik!

Klasik dan mewah. Jika anda memang penggemar Chanel No 5, inilah masanya untuk menambah koleksi anda. N°5 EAU DE PARFUM & N°5 L’EAU GIFT SET, RM680

N°5 EAU DE & N°5 L’EAU ISIAN SEMULA, RM315 Bagi yang sudah punya bekas dalam bentuk ‘twist & spray’, beli saja set isian semula ini. Mudah!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.