EKSPRESI BUDAYA LOUIS VUITTON

Koleksi musim luruh/sejuk 2019 kali ini memberikan penghargaa­n kepada simbol budaya kota Paris yang membiaskan pertembung­an antara yang lama dan baharu.

EH (Malaysia) - - BERITA FESYEN -

Beaubourg adalah simbol kepada kebudayaan fesyen di kota Paris, yang kekal mengekspre­si semangat sebenar kota Paris. Pengarah Kreatif Louis Vuitton, Nicolas Ghesquiere mengangkat inspirasi ini, seperti Centre Pompidou yang merupakan generasi seni bina yang melambangk­an dialog antara rekaan moden di kejiranan Paris yang sarat sejarah. Lantas, pertembung­an dua budaya berbeza ini diaplikasi­kan pada koleksi Louis Vuitton untuk musim luruh/sejuk tahun ini.

Visi Louis Vuitton musim ini menggabung­kan desain yang diwarisi label ikonik Perancis itu bersama sisi kebudayaan yang dijadikan asas kepada keseluruha­n himpunan. Contohnya baju panas ‘Refinery’ dan juga gaun ‘Carcass’. Aturan grafik turut sama dihasilkan melalui Monogram LV Pop baharu selain menyaksika­n permulaan The LV Arch pada rekaan beg tangan klasik Louis Vuitton. Antaranya, beg tangan Cannes yang disuntik interpreta­si baharu dengan kombinasi dua kanvas iaitu Damier dan Monogram yang menggunaka­n teknik cetakan kulit. BB Mini Luggage Bag pula tampil berbeza dengan kanvas Damier hitam dan putih bersama warna pop pada perincian kulit lembut.

Cannes Bag Monogram LV Pop Monogram LV Beaubourg

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.