FESTIVAL FESYEN

ZALORA MENGUMPULK­AN MEDIA DAN INFLUENCER­S SERATA ASIA TENGGARA DI ZALORA FASHION FESTIVAL, PERHIMPUNA­N FESYEN DEBUT ANJURAN PORTAL BELI-BELAH TERNAMA INI.

EH (Malaysia) - - BERITA FESYEN -

Awal September lalu EH! diundang Zalora Malaysia untuk turut sama ke Singapura, menjadi sebahagian yang memenuhi ruang DECK di Singapura bersempena dengan Zalora Fashion Festival. Diadakan buat julung kalinya, acara ini juga menyaksika­n kehadiran fashion influencer­s dari serata Asia Tenggara. Dan

Malaysia sendiri diwakili oleh dua it

model yakni Natalie

Prabha dan Nia

Atasha.

Apa yang menarik tentang festival ini?

Selain ia festival fesyen sulung bagi

Zalora sendiri, acara ini juga menyaksika­n kolaborasi bersama jenama fesyen yang sudah utuh di pasaran dunia seperti Adidas,

Calvin Klein dan

Vans. Tidak hanya fesyen, jenama kosmetik seperti NARS dan Skininc juga turut serta memeriahka­n acara. Setiap jenama ini punya booth atau ruang mereka sendiri dan hadir dengan konsep berbeza dan yang pastinya menarik untuk diabadikan di dalam gambar (instagramm­able). Acara ini dianjurkan eksklusif buat media dan tetamu jemputan sehari sebelum ruang DECK dibuka kepada orang awam.

TATAGAYA RUANG KREATIF & EKSKLUSIF

Apa yang menarik perhatian saya sewaktu berada di festival ini ialah dekorasi dan konsep tiap ruang jenama-jenama yang menjayakan acara dua hari ini. Samsung misalnya menyuntik kehebatan teknologin­ya pada festival ini dengan mengetenga­hkan Samsung Bixby Vision menerusi Samsung Note

10 dan Note 10+ yang mana mereka bekerjasam­a dengan gergasi telekomuni­kasi Singapura, Singtel. Tetamu hanya perlu mengambil gambar item yang ingin dibeli menggunaka­n Bixby Vision dan carian item serupa yang dijual di Zalora akan dilakukan secara automatik.

Ruang lain yang menarik perhatian ialah Calvin Klein yang menghidupk­an konsep pusat cuci baju, Adidas pula menyuntik elemen seni fesyen jalanan dan memberi fokus kepada dua labelnya iaitu Originals dan Adidas OZWEEGO. Vans turut berkongsi idea hampir serupa. Saya suka ruang Skininc, yang mana jenama kecantikan dari Jepun ini bermain dengan ton pelangi dan neon. Skininc mengetenga­hkan Optimizer Voyage TriLight Glasses yang mana kaca mata ini dicipta khusus untuk merawat mata agar tiada masalah kantung hitam bawah mata, sembap mahupun keletihan. NARS pula membawa elemen elevator dan memberi tumpuan pada himpunan gincunya.

Pada hari kedua, para pengunjung berpeluang menghadiri kelas penataan gaya bersama pasukan label Zalora sendiri, iaitu Marco Ferrari. Dia berkongsi tip dan trik dalam suai padan dengan tiga jenama Zalora sendiri iaitu Zalora, Zalora Basics dan Something Borrowed.

Acara malam pembukaan juga dimeriahka­n dengan persembaha­n hiburan seperti nyanyian hebat pelantun rita R&B, Tabitha Nauser juga putaran muzik DJ kelahiran Malaysia, Arabyrd selain DJ Linda Hao dari Singapura sendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.