MASIH RELEVANKAH KLFW?

Kuala Lumpur Fashion Week 2019 yang telah memasuki edisi ketujuh tidak kelihatan semeriah seperti tahun-tahun terdahulu.

EH (Malaysia) - - BUAL FESYEN -

Ketika berlangsun­gnya KLFW 2019, saya ternampak seorang pereka fesyen telah memuat naik sesuatu di akaun Instagram-nya. Dia telah menyuaraka­n pendapat mengenai KLFW yang sangat tepat pada pendapat saya. Pereka itu menjelaska­n dia akan berasa hipokrit jika dia masih menyokong penganjura­n dan mementaska­n koleksinya. Ia turut membuat saya terfikir mengenai tanggungja­wab saya sebagai seorang penulis majalah di Malaysia.

Bukan itu sahaja, saya juga telah beberapa kali mendengar keluhan barisan model tempatan yang masih belum mendapat bayaran daripada pihak penganjur KLFW. Ada yang masih belum mendapat bayaran sejak beberapa tahun lepas lagi. Ribuan ringgit mata pencarian mereka masih belum diterima. Perkara ini sudah jelas lagi bersuluh. Ramai barisan model lokal telah memboikot dan hanya akan terlibat jika dijemput sendiri oleh pereka fesyen.

Pasti ramai yang sudah tahu mengenai drama yang berlaku ketika pementasan label milik pereka fesyen wanita ini. Seperti tidak percaya apa yang saya telah dengari itu. Saya sendiri telah menemu bual pereka ini ketika penggambar­an fesyen edisi bulan lalu. Dia telah membuktika­n sokonganny­a kepada Alicia Amin, Shikin Gomez, Natalie, Rita Suraya dan Tuti yang telah berjalan lantas menutup pementasan koleksi terbaharun­ya.

Walaupun saya merasakan penganjura­n kali ini tidaklah meriah seperti tahun-tahun terdahulu, saya masih merasakan KLFW mampu menjadi platform buat pereka fesyen lokal untuk menonjolka­n karya kreatif masing-masing. Lebih-lebih pereka muda yang sangat memerlukan pentas seperti ini. Sebagai penulis majalah, menjadi tanggungja­wab saya untuk menyokong pereka fesyen lokal dengan menghadiri pementasan koleksi mereka ketika KLFW. Tetapi saya merasakan banyak pembaharua­n perlu disuntik lagi termasukla­h menjemput buyer antarabang­sa, agar ia kekal relevan untuk tahun-tahun akan datang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.