XIAOMI MI 9T

EH (Malaysia) - - LELAKI BULAN INI -

Menggunaka­n pemprosesa­n Qualcomm® Snapdragon­TM 730, CPU Mi 9T ditingkatk­an 35 peratus manakala GPU pula 10 peratus dan dua kali ganda prestasi AI berbanding sebelum ini. Lengkap dengan Game Turbo 2.0 ia dicipta khas untuk pengalaman gaming lebih menarik dengan respons sentuhan 180Hz malah masa untuk respons sentuhan dan klik turut diturunkan kepada 70 millisaat. Selain skrin AMOLED 6.39 inci tanpa takuk, Mi 9T juga hadir dengan mode Reading and Sunlight 2.0, Low-brightness Color Grayscale Optimizati­on dan teknologi 256-scale Eye Protection. Lengkap dengan kamera belakang 48MP dan kamera hadapan 20MP peranti ini menawarkan imej yang terang dan jelas. Bateri 4,000mAh dan mode AI Energy Saving juga dapat menanggung kegunaan berat dan tahan bateri sepanjang hari. Hadir pada harga RM1,199 untuk 6GB+64GB dan RM1,399 untuk 6GB+128GB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.