TREND BARU - TIKTOK

Aplikasi yang menawarkan hiburan lucu dan mudah untuk ditelan dengan hanya menayangka­n video-video pendek? We’re in!

EH (Malaysia) - - LIHAT+BACA+DENGAR -

Video-video pendek yang tular di laman sosial kegemaran anda sebenarnya hadir daripada TikTok iaitu aplikasi media sosial baru yang kini pantas menjadi pilihan umum untuk video pendek yang penuh dengan jenaka sendiri. Video-video ini juga melahirkan meme yang akan diproses untuk digunakan semula di lamanlaman media sosial lain seperti Instagram dan Twitter. Bagi saya yang menariknya tentang TikTok ini adalah generasi yang gemar menggunaka­nnya. Secara keseluruha­n, Generasi Z yang lahir antara tahun 1995 hingga 2015 adalah individu yang mendominas­i aplikasi ini. Bahkan mereka juga yang berjaya melahirkan meme yang lucu dan ingin menjayakan kehidupan mereka sebagai influencer malah ada yang menganggap ini adalah karier idaman.

Apakah sebenarnya TikTok ini? Menurut laman aplikasi ini, ia merupakan destinasi media sosial yang menghimpun­kan video-video pendek dengan misi untuk mencipta kreativiti dan menggembir­akan ramai. Konsepnya sama seperti Vine, aplikasi yang cukup popular dahulu sebelum dibubarkan, TikTok berjaya mencuri perhatian di mata umum. TikTok sebelum ini dikenali sebagai Musical.ly namun dibeli oleh ByteDance, syarikat dari China yang kini bernilai USD75 billion. Saya jujurnya tidak terkejut dengan nilai ini kerana TikTok ini aplikasi paling banyak dimuat turun di seluruh dunia yang mana tahun 2018 sahaja menyaksika­n ia dimuat turun lebih 1 billion kali di seluruh dunia manakala di Amerika Syarikat sahaja, ia memiliki lebih 27 juta pengguna aktif.

Sebagai generasi millennial, kadang kala saya akui agak mudah untuk saya terus memandang rendah dan rasa prasangka terhadap aplikasi baru terutamany­a yang paling digemari oleh mereka yang lebih muda. Sangkaan ini mungkin kerana kita seringkali beranggap hiburan mereka tidak matang, cringe-y dan tidak masuk dek akal. Hakikatnya, TikTok telah berjaya mencipta hiburan yang penuh dengan idea-idea segar, aksi menarik bahkan juga melahirkan trak-trak tersendiri.

Mungkin sukar untuk dipercayai ramai, namun Montero Lamar Hill atau lebih dikenali sebagai Lil Nas X sebenarnya memuatnaik lagu ‘Old Town Road’ di TikTok dengan niat untuk menjadikan ia tular dan meme terkenal. Setelah lagu itu mula tular dan ramai anak-anak muda mula cipta video sendiri menggunaka­n trak tersebut di latarbelak­ang di TikTok, Lil Nas X menyatakan hasrat untuk berkolabor­asi dengan Billy Ray Cyrus sebagai remix. Kolaborasi ini disambut baik oleh ramai hinggakan ia mendapat tempat pertama di carta Billboard Hot 100 selama 19 minggu berturut-turut mengalahka­n rekod 16 minggu oleh Mariah Carey dan Boyz II Men dengan lagu ‘One Sweet Day’.

Namun begitu, berbanding YouTube mahupun Spotify, mana-mana artis yang melancarka­n trak di TikTok tidak mendapat bayaran.

Sebaliknya mereka hanya akan menerima exposure sahaja dan exposure itu pula hadir dalam bentuk muzik latarbelak­ang yang akan dimainkan di mana-mana video pendek tular. Artikel oleh The Verge pernah menyuaraka­n masalah ini namun beberapa artis yang kian tular di TikTok akui ia tidak menjadi masalah kerana exposure ini membantu membuka dunia mereka kepada audiens berbeza dan wang boleh dicari melalui platform lain. Nyata jika membanding­kan Vine sebelum ini hanya mencipta video-video lucu, TikTok dapat lakukan perkara yang sama dan juga lahir beberapa nama baru yang bakal mendominas­i industri muzik sama ada kita sedar mahupun tidak. Pandangan saya mudah; usah lagi pandang rendah terhadap generasi akan datang kerana mereka sebenarnya yang tentukan trend-trend terkini yang secara tidak langsung akan membentuk mana-mana industri.

HAKIKATNYA, TIKTOK TELAH BERJAYA MENCIPTA HIBURAN YANG PENUH DENGAN IDEA-IDEA SEGAR, AKSI MENARIK BAHKAN JUGA MELAHIRKAN TRAK-TRAK TERSENDIRI.

Lil Nas X bersama TikTok

#ANISTALK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.