BERITA FESYEN

Fiesta Fesyen Kuala Lumpur

EH (Malaysia) - - CONTENTS -

Berlangsun­g dari 21 sehingga 25 Ogos lalu, Kuala Lumpur Fashion Week Ready To Wear 2019 (KLFW 2019) telah sekali lagi menggegark­an pentas Pavilion KL dengan kehadiran ribuan peminat fesyen lokal selama lima hari. Edisi ke-7 ini telah menyaksika­n pementasan koleksi sedia pakai daripada lebih 80 pemain fesyen tempatan dan juga antarabang­sa dengan himpunan terbaharu mereka.

Fabrikasi khazanah negara, batik terus diraikan di pentas KLFW dengan Fashion Forward Batik Malaysia pada malam pembukaan tahun ini. Bersama Kraftangan, dua pereka batik tempatan dan empat pereka muda mementaska­n koleksi yang berasaskan batik selain tiga pereka di bawah Piala Seri Endon. Malam pertama turut dimeriahka­n dengan pementasan Fazbulous By Fazura yang menyaksika­n Fazura membuat persembaha­n istimewa ditemani oleh suaminya, Fattah Amin. Tahun ini juga meruapakan ulang tahun kelima label milik pelakon dan penyanyi popular itu.

Seperti edisi terdahulu, namanama besar industri fesyen seperti Jovian Mandagie, Rizman Ruzaini, Nurita Harith, Alia Bastamam, Innai Red dan Mimpikita meneruskan pementasan himpunan yang sangat dinanti-nantikan peminat mereka. Generasi kreatif muda turut sama menonjolka­n bakat masing-masing.

Kali ini, Syomirizwa Gupta pula menutup pentas edisi KLFW 2019 dengan koleksi yang menampilka­n mainan blok warna dan juga warna bold signature pereka itu. Dan koleksi milik Fiziwoo, AfiqM dan Kit Woo antara yang menarik perhatian saya kali ini.

Bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-30, Melium Group turut memeriahka­n KLFW 2019 dengan membariska­n koleksi daripada label antarabang­sa seperti Aigner, Balmain, Emilio Pucci, Hackett London, Tod’s, Max Mara, MCM, Roger Vivier dan sudah tentu himpunan sekuin Farah Khan sendiri. Seperti tahun lalu, barisan selebriti lokal turut sama berjalan di atas pentas kali ini seperti Sherry Ibrahim, Zahida Rafik, Kavita Kaur dan ramai lagi.

Walaupun edisi kali ini tidak semeriah tahun-tahun terdahulu, Kuala Lumpur Fashion Week terus menjadi platform buat pereka fesyen tempatan lebihlebih bakat-bakat muda untuk mempersemb­ahkan karya kreatif masing-masing ke persada dunia. Dan lantas, terus menjadikan Kuala Lumpur sebagai lokasi fesyen terhangat di rantau Asia Tenggara.

Biji Biji X Tsyahmi Fattah Amin & Nur Fazura

Fiziwoo

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.