JURNAL FESYEN

Evolusi Versatil

EH (Malaysia) - - CONTENTS -

Siapakah Zamaera? Seorang wanita yang sentiasa hadir dengan semangat yang positif malah punya energi yang kuat saat berada di atas atau di luar pentas. Ceritakan sedikit tentang kehidupan anda hari ini? Selain punya pelbagai gaya personalit­i yang anda boleh lihat di Instagram, saya aktif dalam rutin penjagaan badan seperti mengikuti kelas senaman bersama pelatih peribadi demi menjaga stamina badan. Saya turut aktif mencipta muzik baru. Saya juga berpeluang merantau sekitar Asia Tenggara, bekerjasam­a dengan beberapa penyanyi baru berbakat besar dan penerbit untuk projek kolaborasi. Ceritakan perjalanan karier dan siapakah yang memberi pengaruh kepada anda?

Bergelar penyanyi rap adalah progresi natural untuk saya, malah ia bukanlah impian utama tetapi saya sentiasa percaya yang satu hari nanti saya akan bergelar sebagai penghibur. Sewaktu berumur 17 tahun, Abang Joe Flizzow menyunting saya untuk menjadi salah seorang krew Kartel, membuka peluang untuk saya lebih bersinar dalam dunia hip hop. Sewaktu bersama Kartel, Sona boleh saya gelarkan sebagai mentor namun penyanyi rap seperti Aman Ra, Nicki Minaj, Lauryn Hill dan Tupac Shakur menjadi sumber inspirasi saya untuk terus bergelar sebagai artis.

gaya personal anda? Gaya peribadi saya lebih kepada yang selesa dipakai. Boleh dikatakan agak versatil, tidak terkongkon­g dengan satu gaya sahaja. SIAPAKAH ikon fesyen anda?

Sade, Kehlani dan Rihanna.

Di manakah anda pada tahun 2020? Saya akan berada Amerika Syarikat sekali lagi! Dan kali ini lebih menerujaka­n dalam pembikinan muzik dan juga mewakili Asian Female Hip Hop.

Bucket list anda? Saya teringin sekali mengembara ke Jepun. Di sana terlalu banyak perkara yang unik untuk diterokai seperti budaya, muzik dan makanan.

Gaya fesyen kegemaran? Saya mencuba gaya yang berbeza setiap hari. Apabila bekerja bersama penata gaya seperti Zulvanny Andiny dan Evonne Saw, you’re bound to come across fresh fashion styles from streetwear to off-the-runway.

Baju panas, MOSCHINO. Skirt latex, TOPSHOP. SEBELAH Jaket denim, TOPSHOP

Jumpsut denim, TOPSHOP. Kasut tumit, manolo blahnik. SEBELAH Gaun pendek berperinci­an rantai emas, MOSCHINO.

Blazer oversized, BEHATI. sebelah Top pendek, TOPSHOP Celana denim & jaket denim, GUESS.

CHANEL Rouge Allure Rouge Spectacula­ire RM155 CHANEL Les 4 Ombres Noir Supreme RM244 CHANEL Le Volume Revolution Ultra Noir RM135 CHANEL Eclat MagnÇtique de Chanel Metal Peach RM240 CHANEL Ultra Le Teint RM225

Jaket denim, GUESS. Skirt pendek, PINKO. sebelah Jaket panas, MOSCHINO. Celana denim, GUESS. Kasut tumit, MANOLO BLAHNIK.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.