IDEA & IDEAL

Millennial­s Bling

EH (Malaysia) - - CONTENTS -

Tahun ini semangat musim luruh diraikan dengan serba chic nan berona terang! Tiada lagi mood monokrom yang mendominas­i setiap kali di pentas peragaan untuk musim luruh. Rumusan saya, setiap pereka untuk rumah fesyen terkemuka hadir dengan idea di luar jangkaan. Malah, mereka turut bereksperi­mentasi menjadi setiap helaian atau rekaan lebih variable dan sesuai dengan citarasa golongan fesyen.

Idea & Ideal saya bulan ini lebih memfokuska­n kepada ilham atau rekaan aksesori di musim luruh 2019. Semakin menuju ke abad baru, semakin minimalis setiap rekaannya. Seperti contoh beg mini yang diperkatak­an antara it-bag pilihan warga fesyen. Hanya meletakkan barangan penting dan kecil sahaja diperlukan! Tidak praktikal namun ia tampak chic serta menambah elemen unik dalam padanan gaya anda. Selain itu, aksesori chunky dan bold yang bersaiz oversize turut hangat untuk musim ini! Agaknya cita rasa penggemar fesyen makin ekstrem dan ingin perubahan mendadak!

#JULIATRICK­S

Teringat Jacquemus! Beg mini terus popular dalam kalangan orang fesyen dan trend ini berterusan hingga ke musim ini. Pereka lain seperti Brandon Maxwell, Fendi, Givenchy masingmasi­ng hadir dengan rekaan tersendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.